Thursday, 16 April 2026

LM3915N-1 LED audio level indicator

Sebelum ini saya ada kongsikan 'LED audio level indicator' menggunakan BA6124 dan anda boleh rujuk di sini.

LM3915N-1 DIY kit

Hari ini saya kongsikan pula satu lagi 'LED audio level indicator' menggunakan LM3915N-1 dan kit DIY ini saya beli dalam talian shopee. 

LM3915N-1

LM3915N-1 dilengkapi dengan keupayaan 10 biji LED berbanding BA6124 yang cuma menyokong 5 biji LED sahaja. 

Pasang komponen kecil dahulu...

Selain perbezaan jumlah LED, LM3915N-1 juga mempunyai dua mode pilihan iaitu 'dot display' dan 'bar display'.

Pateri pada bahagian bawah PCB

Seperti biasa, saya akan mulakan pemasangan komponen kecil dahulu dan gambar di atas dan di bawah menunjukkan ianya telah siap dipasang.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dan anda boleh lihat perbezaannya berbanding BA6124.


 Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.