Sebelum ini saya pernah membaiki 'ignition controls' seperti ini kira-kira setahun yang lepas dan ianya masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.
|
HONEYWELL S4965 series ignition controls
|
Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah 'ignition controls' yang serupa dan pemilik hanya memberitahu saya ianya tidak boleh digunakan.
|
S4965
|
Walaupun setahun telah berlalu, saya masih ingat lagi apa yang rosak dahulu dan setelah dibuka serta diperiksa, kerosakkannya juga adalah sama iaitu tiada 'continuity' pada sebiji inductors yang berlabel L1 pada papan litar.
|
Setelah penutup dibuka...
|
Kedudukan inductors yang berlabel L1 telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah. Saya menemui ketiadaan 'continuity' inductors tersebut ketika masih pada papan litar dan belum dikeluarkan.
|
Keluarkan inductors yang rosak...
|
Ketika inductors tersebut saya buka, salah satu terminalnya telah tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Apabila saya periksa 'continuity' pada wayar tembaganya dengan menggunakan multimeter, ianya masih elok dan tidak putus.
|
Terminal penyambung putus...
|
Apa yang saya lakukan ialah pasang kembali terminal yang tertanggal ke kedudukan asal dan sambungkan wayar tembaga kembali ke terminal tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
|
Sambung kembali dan pateri dengan timah...
|
Setelah siap disambung dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaan rintangan pada gegelung inductors tersebut ialah 38Ω.
|
38Ω |
Pada mulanya saya berhajat untuk menukar inductors tersebut dengan yang baharu namun saya tidak mengetahui nilai serta speksifikasi inductors tersebut.
|
Pasang kembali ke papan litar...
|
Oleh yang demikian saya terpaksa membaikinya dan setelah dipasang kembali ke papan litar dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaannya juga masih 38Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
|
Tested - ok
|
Untuk makluman semua, 'ignition controls' tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Selamat mencuba...