Thursday, 25 June 2020

HONEYWELL S4965A series ignition controls repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'ignition controls' seperti ini kira-kira setahun yang lepas dan ianya masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.
HONEYWELL S4965 series ignition controls

Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah 'ignition controls' yang serupa dan pemilik hanya memberitahu saya ianya tidak boleh digunakan.

S4965

Walaupun setahun telah berlalu, saya masih ingat lagi apa yang rosak dahulu dan setelah dibuka serta diperiksa, kerosakkannya juga adalah sama iaitu tiada 'continuity' pada sebiji inductors yang berlabel L1 pada papan litar.

Setelah penutup dibuka...

Kedudukan inductors yang berlabel L1 telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah. Saya menemui ketiadaan 'continuity' inductors tersebut ketika masih pada papan litar dan belum dikeluarkan.

Keluarkan inductors yang rosak...

Ketika inductors tersebut saya buka, salah satu terminalnya telah tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Apabila saya periksa 'continuity' pada wayar tembaganya dengan menggunakan multimeter, ianya masih elok dan tidak putus.

Terminal penyambung putus...

Apa yang saya lakukan ialah pasang kembali terminal yang tertanggal ke kedudukan asal dan sambungkan wayar tembaga kembali ke terminal tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung kembali dan pateri dengan timah...

Setelah siap disambung dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaan rintangan pada gegelung inductors tersebut ialah 38Ω.

38Ω

Pada mulanya saya berhajat untuk menukar inductors tersebut dengan yang baharu namun saya tidak mengetahui nilai serta speksifikasi inductors tersebut.

Pasang kembali ke papan litar...

Oleh yang demikian saya terpaksa membaikinya dan setelah dipasang kembali ke papan litar dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaannya juga masih 38Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tested - ok

Untuk makluman semua, 'ignition controls' tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

8 comments:

  1. Replies
    1. Thanks for the suggestion. I try to summarize what are being mentioned above. I've repaired 2 units of the ignition control with the same problem. It is due to faulty inductors and no continuity when checked using multimeter. What I did is to repair the broken connection of the inductors. If it is beyond repair, you can get the same size enameled copper wire and rewind on the ferrite with same number of coil turns. Cheers!

      Delete
  2. 1. Apakah simptom² berlaku seperti ini?

    A. Lampu reset sentiasa menyala, dan apabila suis reset ditekan ianya masih tidak padam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tidak pasti apa simptom sebab pemilik cuma memeritahu ianya rosak dan minta untuk cuba dibaiki.

      Delete
  3. Tuan, kalau saya nak hantar untuk repair bole?

    ReplyDelete
  4. Kalau nak repair ni nak hantar macam mana?

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.