Monday, 22 June 2020

PHILIPS HD4680 electric kettle repair

Sebelum ini saya pernah membaiki cerek eletrik seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan di sini.
Ada kesan hitam - ada percikan api berlaku...
Pemilik memberitahu saya bahawa seluruh bekalan elektrik di rumahnya terputus setelah kali terakhir dia ingin memasak air menggunakan cerek elektrik tersebut. Setelah pemeriksaan dibuat akhirnya saya menemui litar pintas pada bahagian bawah tapak cerek yang membekalkan arus elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Potong wayar & sambung elok-elok...
Dari pemerhatian saya, ianya pernah di baiki oleh seseorang sebelum ini dan pendawaiaannya tidak selamat digunakan disebabkan banyak sambungan dibungkus dengan pita wayar yang berwarna kuning. Cara yang betul untuk pendawaiaan boleh anda baca pada artikel saya yang lepas di sini.

Selepas sambungan siap, pastikan wayar diselit pada bahagian tepinya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas supaya tidak terlepas jika ditarik atau tertarik.

Masalah litar pintas sebelum ini berlaku sebab wayar tertanggal bila ditarik/tertarik dan sambungan yang dibuat telah bersentuhan di antara satu dengan yang lain.
Tested - ok
Jika anda ingin membaiki sendiri, pastikan setiap yang dibuka di pasang kembali seperti asal termasuk kedudukan wayarnya demi keselamatan pengguna. Saya yakin kali terakhir sebelum seluruh bekalan elektrik terputus, pastinya ada percikan api atau mungkin letupan kecil berlaku serta menghasilkan kesan hitam seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Rujuk kepada pakar jika anda tiada asas elektrik/elektronik.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.