Saturday, 13 June 2020

TOTALINE digital room thermostat repair

Sebelum ini saya pernah membaiki thermostat digital seperti ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan di sini.
Komponen yang rosak...
Masalah kali ini juga sama iaitu langsung tidak dapat dihidupkan dan setelah dibuka serta diperiksa, komponen yang rosak ialah sebiji perintang 47Ω/1W dan sebiji kapasitor 470uF, 25v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Indikator rosak...
Setelah komponen yang rosak di atas ditukar dan diuji, ianya kini boleh dihidupkan semula namun indikator juga rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Keluarkan indikator yang rosak...
Indikator yang rosak tidak dapat dibaiki dan harus digantikan dengan yang baru. Gambar di bawah menunjukkan thermostat tersebut telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan semula.
Siap & tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.