Showing posts with label Noxxa. Show all posts
Showing posts with label Noxxa. Show all posts

Sunday, 2 January 2022

Noxxa PC335CA pressure cooker repair

Semalam saya dirujuk sebuah 'pressure cooker' berjenama Noxxa, model PC335CA dengan masalah boleh dihidupkan namun nasi tidak masak sepenuhnya setelah tamat masa memasak.

Ini merupakan kali pertama saya diberitahu 'pressure cooker' boleh digunakan untuk memasak nasi. 6 butang yang dilabel pada panel ialah:-

  1. High pressure
  2. Low pressure
  3. warm/reheat
  4. slow cook
  5. steam
  6. stir-fry

Gambar di bawah menunjukkan komponen yang ada pada 'pressure cooker' ini setelah penutup bawah saya buka dan pemeriksaan pada elemen pemanas serta thermostat masih elok.

Pemeriksaan pada thermistor juga masih elok iaitu 100kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Thermistor - 100kΩ

Saya juga periksa semua komponen yang ada pada papan litar (PCB) dan tidak menemui sebarang kerosakkan.

Seterusnya saya basuh beras dan masak nasi menggunakan 'low pressure' selama 5 minit. Untuk pengetahuan semua masalahnya ialah periuk ini berhenti memasak setelah kira-kira dua minit memasak.

Apabila saya buka dan periksa ketika masih panas, thermostat telah putus dan cuma kembali bersambung setelah sejuk. Jadi, masalahnya ialah thermostat 'cut-off' serta berhenti memasak selepas kira-kira dua minit sahaja.

High pressure - 7 minit untuk masak nasi...

Apabila telah sejuk, saya tekan thermostat dengan jari dan mendapati ianya terlalu sensitif. Apa yang saya lakukan ialah bengkokkan sedikit thermostat tersebut supaya sedikit jauh dan kurang sensitif.

Percaya atau tidak, masalah berhenti memasak setelah 2 minit sebelumnya selesai dan saya telah berjaya memasak nasi menggunakan 'pressure cooker' ini.

Dah masak...

Pemilik memberitahu saya cara memasak nasi menggunakan 'pressure cooker' ini ialah guna 'high pressure' dan masak selama 7 minit.

Selamat mencuba...

Wednesday, 3 November 2021

Noxxa BM315SC multifunctional oven repair

Oven ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Noxxa BM315SC oven

Kali ini dia dirujuk semula dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik dan skrin juga tidak menyala.

Papan litar...

Pemeriksaan awal pada fius plug 3-pin masih elok dan seterusnya saya periksa komponen yang ada pada papan litar dan juga tidak menemui sebarang kerosakkan.

Suspek komponen yang rosak...

Dari pengalaman membaiki alat kawalan jauh, salah satu punca skrin tidak menyala serta tidak berfungsi adalah disebabkan kerosakkan resonator atau crystal oscillator dan anda boleh rujuk di sini, sini serta sini.

Ambil alat ganti dari alat kawalan jauh...

Setakat hari ini, saya masih tidak tahu bagaimana cara untuk memeriksa resonator serta crystal oscillator dan cara paling mudah ialah gantikan serta uji satu per satu.

Sambungan bekalan elektrik untuk 'testing'...

Saya pernah kongsikan satu alat untuk mengukur frekuensi crystal oscillator di sini namun ianya tidak berupaya mengukur frekuensi di bawah 4mHz.

Testing...

Untuk makluman semua, pada mulanya saya tukarkan resonator dan ianya juga masih gagal berfungsi. Skrin hanya menyala apabila diuji setelah crystal oscillator saya gantikan dan oven ini telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Crystal oscillator yang rosak - 32.768kHz

Crystal oscillator yang digunakan ialah 32.768kHz dan ianya sama dengan crystal oscillator yang digunakan pada jam quartz.

Selamat mencuba...

Sunday, 31 May 2020

Noxxa BM315SC multifunctional oven repair

Semalam saya dirujuk sebuah oven berjenama Noxxa, model: BM315SM dengan masalah skrin tak menyala dan butang pada panel tak berfungsi bila ditekan.
Jenama: Noxxa
Jenama Noxxa adalah produk Amway dan ianya buatan China. (Made in P.R.C = Made in People's Republic of China).
Model: BM315SC
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah:-
  1. Reflector pada skrin LED rosak
  2. 'Tact switch' rosak
Buka dan keluarkan bahagian panel hadapan...
Skrin tidak menyala sebab reflector pada LED rosak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Cara membaiki dan menukar reflector pada skrin LED tersebut boleh dibaca di sini.
Butang pada panel yang tidak berfungsi bila ditekan adalah disebabkan 'tact switch' rosak dan semuanya harus ditukar dengan yang baru.
Tukar semua 'tact switch'...
Setelah kesemua 'tact switch' serta reflector pada skrin LCD saya tukar dan diuji, oven tersebut kembali berfungsi seperti biasa dan masih boleh digunakan semula.
Tested - OK
Selamat mencuba...