Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Friday, 10 March 2023

Mentega Terbang

Cerita berjudul Mentega Terbang ini mulai ditayangkan menerusi platform penstriman dalam talian mulai 19/01/2023 di laman Viu di sini.

Baru-baru ini cerita tersebut telah dipadamkan di laman Viu namun saya telah menemui satu lagi pautan yang masih menayangkannya di sini.

Kini ianya juga boleh ditonton di sini dan sini.

Saya tidak pasti kenapa tajuk Mentega Terbang dipilih namun jika dialih bahasa secara terus (direct translate) kepada bahasa inggeris ianya seolah-olah 'Butter Fly'. Mungkinkah ianya berasal dari perkataan 'butterfly'?

Cerita ini berkisarkan seorang anak dari keluarga yang beragama islam ingin mengetahui kehidupan selepas manusia meninggalkan dunia dengan mendalami teologi agama-agama utama lain.

Menteri komunikasi dan multimedia telah memberitahu umum bahawa filem tersebut telah ditayangkan sejak tahun 2021 lagi namun kini disensasikan oleh pihak tertentu untuk kepetingan politik semasa.

Saya sependapat dengan kenyataan menteri komunikasi dan multimedia bahawa ianya disensasikan untuk kepentingan tertentu.

Walaupun negara kita mengamalkan kebebasan beragama namun ianya langsung tidak 'bebas' kepada penganut yang beragama islam di negara kita.

Isu melibatkan agama dan kaum sangat sensitif di negara kita dan paling murah untuk dijadikan isu serta sering digunakan oleh ahli politik untuk kepentingan masing-masing meraih sokongan.

Pertikaian pada filem ini oleh penganut islam ialah ianya bertentangan dengan ajaran mereka yang tidak 'bebas' beragama. Pihak yang beragama kristian pula mempertikan satu babak meminum air suci (holy water) sebab ianya bukan untuk diminum.

Apa pun, kita lihat bagaimana penguatkuasa menangani isu sensitif ini...

Sunday, 20 September 2020

MULAN (2020)

Beberapa hari yang lepas saya berpeluang menonton cerita terbaru Mulan keluaran Walt Diseny Pictures (Disney's) di pawagam GSC.

GSC - RM12.00

Cerita ini dibintangi oleh pelakon terkemuka iaitu:-

  1. Liu Yi Fei - Mulan
  2. Donnie Yen - Commander Tung
  3. Jet Li - The emperor of China
  4. Gong Li - Xiang Lang

Cerita lagenda Mulan telah lama saya dengar sejak dari zaman kanak-kanak lagi dan secara amnya ia mengisahkan sebuah keluarga yang tidak mempunyai anak lelaki sebagai wakil untuk berkhidmat sebagai tentera.

Piring hitam - Hwa Mu-Lan

Gambar di atas dan di bawah saya ambil dari koleksi piring hitam yang saya simpan dan ia merupakan lagu asal filem Hwa Mu-Lan zaman 70an.

Piring hitam - Hwa Mu-Lan

Banyak versi cerita lagenda Mulan di pawagam sebelum ini dan saya belum pernah menontonnya termasuk versi animasinya beberapa tahun yang lalu.

Piring hitam - Hwa Mu-Lan

Cerita Mulan terbaru keluaran Disney's ini menggunakan bahasa english sebagai bahasa pengantar dan kisahnya sama seperti yang saya dengar sejak kecil iaitu Mulan menyamar sebagai lelaki mewakili satu-satunya lelaki dalam keluarga iaitu ayahnya yang telah tua untuk menjadi tentera.

Piring hitam - Hwa Mu-Lan

Sebelum menonton cerita ini, saya sempat membaca komen di media sosial dan rata-rata komen adalah tidak memuaskan terutamanya rakyat Hong Kong.

Setelah habis menonton, saya secara pribadi memberi 'rating' 10/10 atau 5 bintang untuk cerita terbaru Mulan ini.

Banyak aksi lucu serta menyentuh perasaan terutamanya di babak akhir cerita ketika Mulan pulang ke pangkuan keluarga.

'The girl became a soldier, the soldier became a leader, and the leader became a legend'


Selamat menonton...

Saturday, 18 July 2020

PENINSULA (Train to Busan presents: Peninsula)

Kali terakhir saya mengunjungi panggung wayang ialah tahun lepas dan semalam buat kali pertama selepas sektor hiburan dibenarkan beroperasi selepas PKP, saya menonton cerita PENINSULA atau 'Train to Busan presents: Peninsula'.
Filem Korea ini yang juga dibintangi oleh aktres negara kita, Bella Rahim sebagai Major Jane merupakan filem kategori seram dan tiada aksi yang melibatkan keretapi (Train).

Cerita mengisahkan sekumpulan bekas tentera Korea yang satu ketika dahulu telah meninggalkan semenanjung Korea ke Hong Kong berikutan penularan zombi.

Mereka kembali semula dengan misi untuk mencari trak/lori yang membawa wang dengan habuan 2.5 juta setiap seorang jika berjaya mencari serta membawanya ke pelabuhan Incheon.

Walaupun mereka telah berjaya menemui trak/lori tersebut, banyak halangan yang tidak diduga harus ditempuhi untuk membawa keluar trak tersebut ke pelabuhan.

Selain babak seram serta tembak menembak ala PUBG/counter strike, ianya juga mempunyai aksi kejar-mengejar serta drift yang setanding dengan cerita Fast & Furious menggunakan kereta buatan Korea, SsangYong.

Major Jane hanya muncul pada babak di penghujung cerita.
Berjayakah mereka membawa keluar trak/lori tersebut sehingga ke pelabuhan? Saya tinggalkan kepada anda untuk menonton sendiri cerita tersebut.
RM12 - bayar guna kad debit
Untuk makluman semua, jika anda berhajat menonton di panggung Tgv, jangan ketinggalan membeli tiket menggunakan kad debit dengan harga RM12 sahaja berbanding harga biasa RM17 jika membeli tiket di kiosk tiket.

Menurut jurutiket, pembelian menggunakan kad debit merupakan promosi terbaru mereka selepas PKP CoVid-19.

Selamat menonton...

Wednesday, 27 May 2020

Bukan Gadis Biasa

Inilah satu-satunya cerita drama 28 episod yang saya layan sewaktu PKP ketika pandemik CoVid-19 melanda negara. Saya bagi 'rating' drama terbaik yang pernah saya tonton setakat ini.
 
Selamat menonton...
 

Saturday, 9 May 2020

Bukan Gadis Biasa

Majoriti aktiviti harian saya ketika MCO/PKP ialah menonton rancangan TV termasuk berita serta sidang media KKM & KDN. Baru-baru ini ada sebuah cerita drama yang saya rasa agak menarik dan telah mengikutinya sejak episod pertama lagi mulai 23/4/2020 di TV3, pukul 7pm setiap isnin hingga sabtu.

Barisan pelakon utama...

Tajuk drama tersebut ialah Bukan Gadis Biasa dan barisan pelakon utama boleh dilihat pada gambar di atas.

Siaran ulangan drama tersebut boleh ditonton semula di channel 105 (drama sangat) pada pukul pukul 12pm, 6pm, 12am.

Jarang ada cerita drama melayu yang saya layan setiap episod kerana majoriti isi kandungannya lebih kepada islamisasi (ini pandangan pribadi saya sahaja).

Jika industri perfileman kita ingin maju dan diminati ramai, elak cerita berkisarkan agama berlebih-lebihan. Sebagai contoh cerita yang popular Hollywood mahupun Bollywood yang popular tidak berkisarkan agama...

Apa yang lebih menarik perhatian saya dalam drama tersebut ialah seorang pelakon cilik bernama Aisyah yang sangat comel dan amat berbakat.

Aisyah

Cerita drama tersebut adalah adaptasi dari novel hasil karya penulis tempatan, Liza Nur.

Cerita mengisahkan seorang gadis bernama johana atau dengan panggilan Jo yang berasal dari keluarga dengan masalah sosial yang serius. Begitu juga dengan kehidupan Rayyan yang menjadi mangsa dera Opah sejak kecil.

Episod 14/28

Walaupun Jo berwatakkan tomboy, beliau sebenarnya amat bermurah hati serta penyayang dengan membantu golongan gelandangan dan sebagainya. Watak beliau ini juga menjadi punca 3 beradik/sepupu menyukainya dalam masa yang sama. Siapa pilihan beliau? Tonton hingga ke penghujung episod jika ingin mengetahuinya.

Selamat menonton...

Sumber

Tuesday, 12 June 2012

CJ7 Star Xu Jiao Is Actually A Girl

Known as Xu Jiao who is most notable for her comedic and cross-dressing performance as a poor boy in the film CJ7, now becoming a small beautiful girl and I am sure viewers have no idea that Xu Jiao is actually a girl!

Jiao is a newcomer actress from China. Despite being a girl, she played a boy in the film. She bagged Hong Kong Film Award for Best New Performer in 2009 for the said movie. She also portrayed the young Mulan in the movie Mulan (2009).

What can you say about this surprising info?

More photo here.

Sept 2023