Showing posts with label JVC. Show all posts
Showing posts with label JVC. Show all posts

Friday, 31 January 2014

JVC KD-S595

Hari ini saya telah berjaya membaiki sebuah alat pemain cakera padat berjenama JVC, model KD-S595. Masalah sebelum dibaiki ialah kenyaringannya akan berkurangan setelah beberapa buah lagu dimainkan dan akhirnya cuma kedengaran seperti orang berbisik sahaja.

Alat pemain cakera padat ini mudah dibaiki sebab menggunakan IC (integrated circuit) dan cuma perlu periksa perintang serta kapasitor sahaja. Setelah diperiksa secara menyeluruh, 10 biji kapasitor disahkan rosak dan telah diganti.

Berikut merupakan kapasitor yang telah rosak:-
  1. 16v, 2200μF - 1 biji
  2. 16v, 100μF - 1 biji
  3. 10v, 100μF - 4 biji
  4. 16v, 22μF - 4 biji
Sehingga blog ini ditulis, alat pemain cakera padat tersebut telah diuji dan beroperasi seperti biasa. 2 keping CD telah tamat dimainkan dan tiada masalah lama berulang setakat ini.
Pandangan hadapan

Pandangan pada PCB, kapasitor yang ditanda dengan anak panah harus diganti

Setelah kesemua kapasitor yang rosak telah diganti

Kapasitor lama yang rosak

Kapasitor baru lebih tinggi...

Kapasitor baru lebih tinggi...

Wednesday, 11 December 2013

JVC KD-S595 CD player

Alat pemain cakera padat (CD player) merupakan elemen yang penting dalam sesebuah kereta. Hari ini saya nak kongsikan cara yang paling mudah untuk membetulkannya sekiranya alat pemain cakera padat anda tidak berfungsi seperti biasa.

Masalah yang sering terjadi ialah bila CD dimasukkan, alat pemain tersebut tidak dapat membaca CD yang ingin anda mainkan dan mengeluarkannya semula. Sekiranya anda menghantarkannya kepada jurutenik, mereka biasanya akan mengenakan bayaran untuk menukarkan 'lens'.

Berikut merupakan langkah-langkah yang harus anda lakukan untuk membuka alat pemain cakera padat berjenama JVC, model KD-S595 sehingga 'lens'nya kelihatan untuk dibersihkan.
Pandangan hadapan
Setelah penutup atas dibuka
Setelah PCB ditanggalkan
Tanggalkan juga bahagian mekanikal...
Bersihkan 'laser lens' dengan kapas yang bersih.
Anda harus membersihkan 'lens' tersebut dengan benda-benda yang bersih. Saya menggunakan kapas untuk mengeringkan telinga dan lap sehingga tiada debu yang melekat pada bahagian atas lens. Selepas puas hati dengan tahap kebersihan 'lens' tersebut, pasang kembali kesemua komponen yang telah ditanggalkan.

Selamat mencuba...