Friday, 31 January 2014

JVC KD-S595

Hari ini saya telah berjaya membaiki sebuah alat pemain cakera padat berjenama JVC, model KD-S595. Masalah sebelum dibaiki ialah kenyaringannya akan berkurangan setelah beberapa buah lagu dimainkan dan akhirnya cuma kedengaran seperti orang berbisik sahaja.

Alat pemain cakera padat ini mudah dibaiki sebab menggunakan IC (integrated circuit) dan cuma perlu periksa perintang serta kapasitor sahaja. Setelah diperiksa secara menyeluruh, 10 biji kapasitor disahkan rosak dan telah diganti.

Berikut merupakan kapasitor yang telah rosak:-
  1. 16v, 2200μF - 1 biji
  2. 16v, 100μF - 1 biji
  3. 10v, 100μF - 4 biji
  4. 16v, 22μF - 4 biji
Sehingga blog ini ditulis, alat pemain cakera padat tersebut telah diuji dan beroperasi seperti biasa. 2 keping CD telah tamat dimainkan dan tiada masalah lama berulang setakat ini.
Pandangan hadapan

Pandangan pada PCB, kapasitor yang ditanda dengan anak panah harus diganti

Setelah kesemua kapasitor yang rosak telah diganti

Kapasitor lama yang rosak

Kapasitor baru lebih tinggi...

Kapasitor baru lebih tinggi...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.