Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Sunday, 19 April 2026

KHiND FM-40M fan motor repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk kipas angin berjenama KHiND dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

FM-40M

Hari ini saya dirujuk sebuah motor untuk kipas angin dengan label FM-40M seperti boleh dilihat pada gambar di atas dengan masalah gagal berfungsi.

Setelah dibuka...

Seperti biasa masalah sejagat kipas angin yang gagal berfungsi ialah kerosakkan thermal fuse akibat panas melampau.

Thermal fuse 130°C putus...

Rating suhu thermal fuse yang digunakan ialah 130°C namun saya gantikan dengan 135°C seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Thermal fuse baru 135°C...

Kerja menggantikan thermal fuse harus dilakukan dengan berhati-hati agar tiada wayar lalus yang terputus.

Gantikan thermal fuse...

Pastikan pateri yang digunakan telah panas dan lumurkan 'soldering paste' supaya kerja mempateri dilakukan sesingkat yang mungkin.

Siap...

Gambar berikut adalah bacaan rintangan gegelung.

No. 1 - 902Ω

Bacaan rintangan akan bertambah jika diambil sewaktu gegelung telah panas bila digunakan.

No. 2 - 776Ω

Bacaan rintangan yang saya ambil ialah sewaktu gegelung masih sejuk atau sejurus selepas dibaiki.

No. 3 - 619Ω

Selamat berDIY... 

Thursday, 16 April 2026

LM3915N-1 LED audio level indicator

Sebelum ini saya ada kongsikan 'LED audio level indicator' menggunakan BA6124 dan anda boleh rujuk di sini.

LM3915N-1 DIY kit

Hari ini saya kongsikan pula satu lagi 'LED audio level indicator' menggunakan LM3915N-1 dan kit DIY ini saya beli dalam talian shopee. 

LM3915N-1

LM3915N-1 dilengkapi dengan keupayaan 10 biji LED berbanding BA6124 yang cuma menyokong 5 biji LED sahaja. 

Pasang komponen kecil dahulu...

Selain perbezaan jumlah LED, LM3915N-1 juga mempunyai dua mode pilihan iaitu 'dot display' dan 'bar display'.

Pateri pada bahagian bawah PCB

Seperti biasa, saya akan mulakan pemasangan komponen kecil dahulu dan gambar di atas dan di bawah menunjukkan ianya telah siap dipasang.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dan anda boleh lihat perbezaannya berbanding BA6124.


 Selamat berDIY...

Monday, 13 April 2026

AT89C2051 Digital clock DIY kit

Sekali sekala saya beli 'DIY kit' dalam talian sebagai hobi dan harganya jauh lebih murah berbanding yang telah siap dipasang.

Digital clock DIY kit

'DIY kit' jam digital ini saya beli dengan harga RM7.59 di shopee dan gambar di bawah menunjukkan komponen yang dibekalkan.

PCB & komponen...

Seperti biasa saya mulakan pemasangan komponen kecil serta rendah dahulu iaitu perintang.

Bahagian belakang papan litar...

Gambar di bawah adalah rupanya setelah siap di pasang dan ianya boleh berfungsi dengan bekalan elektrik 3v sehingga 5.5v.

Siap...

Saya guna sebiji bateri lithium tanpa masalah sebab voltannya cuma 4.2v sahaja bila penuh dicas.

Tested - ok

Selamat berDIY...

'DIY kit' ini dilengkapi dengan 'user manual' dalam tulisan cina seperti boleh di lihat pada gambar di bawah dan telah di alih bahasa ke bahasa inggeris berikutannya.

User manual

Power Supply

Supply voltage: 3V–5.5V
The microcontroller program is already preloaded.
Pay attention to polarity; do not exceed 5.2V.
4-Digit Clock Operating Instructions
When powered on, it displays the time 12:59.
By default, both alarms are enabled:
Alarm 1 is set to 13:01
Alarm 2 is set to 13:02
Basic Operation
After power-on, short press S2 to switch between:
Hour/minute display
Minute/second display
Long press S1 to enter the system settings menu.

There are 9 submenus: A–I

Short press S1: move to next submenu / confirm
Short press S2: increase value or toggle options
Menu Details

A Menu – Set Hour

Press S2 to increase hour
Press S1 to save and go to Menu B

B Menu – Set Minute

Press S2 to increase minute
Press S1 to save and go to Menu C

C Menu – Hourly Chime Switch

Default: ON (chime from 8:00 to 20:00)
Press S2 to toggle ON/OFF
Press S1 to save and go to Menu D

D Menu – Alarm 1 Switch

Default: ON
Press S2 to toggle ON/OFF
If ON → press S1 to go to Menu E
If OFF → press S1 to skip to Menu G

E Menu – Alarm 1 Hour Setting

Press S2 to increase hour
Press S1 to save and go to Menu F

F Menu – Alarm 1 Minute Setting

Press S2 to increase minute
Press S1 to save and go to Menu G

G Menu – Alarm 2 Switch

Default: ON
Press S2 to toggle ON/OFF
If ON → press S1 to go to Menu H
If OFF → press S1 to exit to clock display

H Menu – Alarm 2 Hour Setting

Press S2 to increase hour
Press S1 to save and go to Menu I

I Menu – Alarm 2 Minute Setting

Press S2 to increase minute
Press S1 to save and go to Menu J

J Menu – Clock Speed Adjustment

Press S2 to increase level (total 9 levels)
Higher number = faster clock
Press S1 to save and return to normal display
Second Adjustment (Calibration)
In clock display, short press S2 to enter seconds display
Long press S2 to reset seconds to zero
After resetting, short press S2 twice to check if seconds are accurate

Sunday, 29 March 2026

Panasonic DH-4HP1M water heater repair

Sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman dirujuk 'water heater' dan anda boleh rujuk di sini.

DH-4HP1M 

Hari ini saya kongsikan satu lagi 'water heater' yang juga berjenama Panasonic namun model yang berbeza, DH-4HP1M dengan masalah kadang-kadang gagal berfungsi bila suis ditekan.

Setelah penutup dibuka...

'Water heater' model ini kuasanya lebih tinggi iaitu 4.8kW berbanding sebelum ini yang cuma 3.6kW sahaja.

Rintangan elemen pemanas 13.2Ω

Setelah dibuka serta diperiksa, masalahnya ialah pada micro switch seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Micro switch rosak...

Rating micro switch yang digunakan ialah 21A sebab kuasanya lebih tinggi. 'Water heater' yang kuasanya 3.6kW menggunakan micro switch 16A sahaja.

21A

Gambar di bawah ialah micro switch yang saya beli dan ianya lebih mahal serta jarang ada di pasaran.

D48X - 21A

Masalah 'water heater' ini selesai setelah dengan hanya menggantikan micro switch sahaja.

Gantikan micro switch yang baru...

Untuk pengetahuan semua, jika anda ada masalah serupa, pastikan gantikan dengan micro switch yang sama iaitu 21A. Baca label dan bukan lihat rupa luaran sahaja.

4.8kw

Soalan cepu emas saya kepada anda, jika micro switch 21A pun boleh rosak, berapa ampere suis yang diperlukan? Adakah suis yang sering digunakan 20A mencukupi?

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas dan bawah. 

Selamat berDIY... 

Thursday, 26 March 2026

BA6214 - LED audio level indicator

Baru-baru ini saya terjumpa satu papan litar sewaktu berjogging dan ianya dilengkapi dua biji IC (integrated circuit) dengan label BA6124.

LED level meter

Gambar di bawah ialah IC tersebut dan setelah merujuk kepada datasheet, ianya merupakan microchip untuk 'LED audio level indicator' 

BA6124

Gambar di bawah menunjukkan schematic untuk BA6124 yang saya ambil dari datasheet.

Schematic for BA6124

Sewaktu mencari datasheet, saya terbaca BA6124 sama dengan IC KA2284 seperti boleh dilihat pada gambar schematic di bawah.

KA2284

LB1403 dan AN6884 juga sama dengan IC BA6124 serta KA2284. Kesemuanya dengan reka bentuk serta cara kerja yang sama.

Klip video di atas saya rakam sewaktu mengujinya setelah disambungkan kepada input amplifier. 

Friday, 20 March 2026

Panasonic DH-3KP1 water heater tidak panas

Banyak 'water heater' saya baiki serta kongsikan sebelum ini berjenama Joven dan hari ini berpeluang dirujuk sebuah berjenama Panasonic model DH-3KP1.

Panasonic DH-3KP1

Masalah sejagat 'water heater' ialah tidak panas dan gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya setelah dibuka.

Setelah penutup dibuka...

Cara kerjanya serupa dengan 'water heater' berjenama Joven dan perbezaannya cuma pada reka bentuk serta komponen yang digunakan.

Tangki air...

Pemeriksaan awal menggunakan multimeter mendapati tiada keterusan pada elemen pemanas.

Tangki air baru...

Gambar di bawah menunjukkan keadaan elemen pemanas baru serta rosak dari 'water heater' ini.

Element pemanas baru & rosak...

Element pemanas yang rosak tidak dapat dibaiki dan harus diganti. Pastikan beli elemen pemanas yang sama mengikut nombor rujukan pada labelnya.

Gantikan elemen pemanas yang baru...

Masalah 'water heater' ini selesai setelah dengan hanya menggantikan elemen pemanas sahaja.

16Ω

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Tuesday, 17 March 2026

IRS2092S class D digital amplifier repair

Baru-baru ini saya ada membeli sebuah module amplifier dengan label CA-2902 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

IRS2092S

Menurut iklan, ianya boleh menghasilkan kuasa output sehingga 500w dengan bekalan elektrik ±75V serta speaker 4Ω.

Bahagian bawah PCB CA-2092

Module ini hanya boleh beroperasi dengan bekalan elektrik di antara ±55V hingga ±80V.

Litar kapasitor input putus...

Nasib tidak menyelebahi saya kali ini apabila ianya gagal menghasilkan suara namun kipasnya boleh berpusing dengan menggunakan bekalkan  elektrik ±39V sahaja.

Buka kapasitor 22uf, 16v

Setelah diperiksa dengan mata kasar, saya dapati sebiji kapasitor SMD bahagian input telah putus serta tanggal dari papan litar kaki negarifnya.

Gam & sambung litar yang putus...

Jadi, ianya gagal menghasilkan suara berikutan litar input putus pada kapasitor tersebut. Saya tanggalkan kapasitor tersebut dan membaiki litarnya yang putus menggunakan pateri.

Siap...

Setelah siap dibaiki serta diperiksa menggunakan multimeter, bacaan nilai kapasitor tersebut ialah kira-kira 24uf seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

24.5uf

Masalah tiada suara selesai namun suara outputnya sangat teruk dengan 'distortion' sebab bekalan elektrik  ±39V yang dibekalkan tidak mencukupi untuk berfungsi dengan sempurna.

Saya akan kemaskini lagi jika ada bekalan elektrik di antara  ±55V hingga  ±80V untuk mengujinya.

Selamat berDIY...

Saturday, 14 March 2026

Xiaomi BPTS01DM smart tower fan repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk sebuah kipas angin berjenama Xiaomi model BPTS01DM dengan masalah gagal berfungsi bila dibekalkan arus electric. 

Xiaomi smart tower fan

Sebelum dibuka untuk dibaiki, saya uji dan ianya langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik. Semua butang gagal berfungsi bila ditekan.

Model: BPTS01DM

Gambar di bawah ialah keadaan bahagian dalam kipas setelah penutupnya saya buka.

Setelah dibuka...

Konsep kipas angin ini sama seperti 'blower' yang digunakan pada penghawa dingin (aircond) di rumah.

Papan litar... 

Motor yang digunakan menggunakan bekalan elektrik arus terus (DC) 12v.

PSU (power supply unit)

Pemeriksaan awal pada PSU (power supply unit) menggunakan multimeter mendapati bekalan 12vdc tidak stabil seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Walaupun bacaan multimeter digital mencecah 10v hingga 12v namun bacaan dengan menggunakan multimeter analog jauh berbeza iaitu cuma kira-kira 2v hingga 4v sahaja.

Gantikan optocoupler yang baru...

Punca bekalan tidak stabil ialah disebabkan kerosakkan sebiji optocoupler dengan label U3 pada papan litar.

Masalah bekalan 12v tidak stabil selesai setelah optocoupler tersebut telah saya gantikan menggunakan PC817C. Bacaan voltan output yang saya dapat ialah 12.24v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Optocoupler yang rosak... 

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan label pada dua biji optocoupler. Optocoupler yang berwarna putih itu rosak dan yang berwarna hitam itu baru.

PC817C vs Cat817C

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY...