Kipas angin ini telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
Setelah dibuka...
Setelah dibaiki, masalah yang berlaku ialah kira-kira seminggu digunakan ianya mula berpusing perlahan.
Gantikan bush...
Macam-macam kaedah cuba jaya telah saya lakukan termasuk gantikan bush pengandar seperti boleh dilihat pada gambar di atas namun menemui jalan buntu.
Bersihkan rotor...
Baru-baru ini saya terfikir pula untuk cuba menggantikan baling-baling asalnya 5 bilah kepada 3 bilah dan masalah selesai.
5 blades - 9.5cm
Setelah sekian lama mengkaji puncanya, akhirnya saya dapati selain perbezaan bilah kipas, saiz bahagian tengah baling-baling berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.
3 blades - 8cm
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Kipas angin ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
ELBA TF-1211
Kali ini ianya dirujuk semula dengan masalah hanya kelajuan 1 sahaja berfungsi namun kelajuan 2 & 3 gagal berfungsi selepas ditekan.
Buka mana yang patut...
Sewaktu diuji, saya dapati kelajuan 2 & 3 boleh berfungsi jika ditekan tanpa dilepaskan. Maksudnya jika ditekan kuat ianya boleh berfungsi.
Setelah suis dibuka...
Jadi, masalahnya ialah kegagalan pada suis dan gambar di atas menunjukkan suisnya telah saya buka untuk pemeriksaan.
Bengkokkan sedikit suis...
Punca kenapa ianya gagal berfungsi setelah butang 2 & 3 dilepaskan ialah disebabkan suis tembaga sedikit jauh dan tidak menyentuh untuk melengkapkan litar.
Apa yang saya lakukan ialah bengkokkan sedikit suis tembaga supaya litar lengkap setelah butang ditekan.
Siap...
Masalah selesai setelah dengan hanya menyelengara suis pada kipas sahaja.
Kipas angin ini telah lama dirujuk kepada saya dan tidak mampu dibaiki sebab gegelung motor telah hangus serta putus akibat panas melampau.
ELBA 16" stand fan
Kipas angin ini berjenama ELBA, model: ESF-E1638TM(GR) dan ianya dilengkapi dengan timer.
Model: ESF-E1638TM(GR)
Gambar di bawah ialah gegelung (coil) pada motor yang telah terbakar dan ianya tidak mampu dibaiki.
Gegelung (coil) rosak/putus...
Sebagai alternatif, saya belikan motor baharu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk menggantikan motor yang rosak.
Motor baharu...
Masalah yang sering dihadapi jika kita membeli motor baharu ialah ukuran tidak sama dengan asal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tidak sama panjang...
Apa yang saya lakukan ialah, saya ambil gegelung dari motor baharu dan memindahkannya ke motor asal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Pindahkan gegelung ke motor lama..
Setelah motor siap ditukar, kerja seterusnya ialah menyambung wayar kepada suisnya.
Cara pendawaiaan...
Pastikan wayar disambung dengan betul dengan merujuk kepada labelnya. Kipas angin ini tidak dilengkapi dengan wayar bumi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Pendawaiaan telah siap...
Kipas angin ini kembali berfungsi semula setelah gegelung motornya telah saya gantikan dengan baharu.
Setelah fius ditukar dan diuji, kipas tersebut masih juga gagal berpusing. Pemeriksaan keterusan (continuity) pada motor juga elok setelah butang suis ditekan. Kapasitor yang digunakan juga masih elok.
Kapasitor - 1.5uf
Seterusnya saya buka penutup hadapan kipas dan mendapati bilah kipas gagal berpusing sebab bersentuh dengan penutup bahagian hadapan. Apabila saya uji kipas tanpa penutup, ianya boleh berfungsi semula.
Apa yang saya lakukan supaya bilah kipas tidak menyentuh penutup hadapan
ialah bengkokkan besi penutup belakang sedikit ke hadapan sehingga
bilah kipas tidak bersentuh dengan penutup hadapan apabila dipasang kembali.
Saya berpendapat masalah kipas ini disebabkan pernah terjatuh dan mengakibatkan penutupnya bersentuh dengan bilah kipas.
Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'air fryer' atau oven berjenama ELBA, model: ECO-906 dan pemilik memberitahu saya ianya telah lama rosak serta tidak ingat lagi apa kerosakkannya.
Jenama: ELBA
Sebelum ini saya pernah kongsikan beberapa buah 'air fryer' yang pernah dibaiki dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini, sini dan sini.
Model: ECO-906
Pemeriksaan awal pada fius di plug 3-pin masih elok. Seterusnya saya buka penutup elemen pemanas dan mendapati tiub halogen telah terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Setelah penutup dibuka...
Diameter tiub halogen yang digunakan ialah 15cm. 'Air fryer' ini perlu dileraikan sehingga bahagian pendawaiaan kelihatan untuk mengeluarkan tiub halogen.
Buka mana yang patut...
"Air fryer' ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah tiub halogen telah siap saya gantikan serta diuji.
Halogen tube siap ditukar...
Untuk pengetahuan semua, tiub halogen merupakan komponen 'wear & tear' dan akan rosak bila tiba waktunya selain masalah 'manufacturing defects'.
Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya sempat mengujinya dan ianya boleh dihidupkan apabila 'timer' di laras namun tiada apa-apa yang berlaku setelah thermostat di laras.
Setelah dibuka...
Setelah dibuka, saya mulakan pemeriksaan pada thermal fuse serta elemen pemanas dan kedua-duanya masih elok.
Thermal fuse 157°C
Seterusnya saya buka thermostat dan mendapati ianya tiada 'continuity' apabila dilaras. Saya juga dapati ianya tidak bersentuh setelah dilaras seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Oleh kerana tiada 'continuity' pada thermostat, saya bersihkan bahagian yang bersentuh apabila dilaras dengan menggunakan kertas pasir pada kedua-dua permukaannya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
'Convection oven' ini telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah dengan hanya membersihkan thermostat sahaja.
Tested - ok
Klip video di bawah saya ambil setelah ianya telah dibaiki serta diuji. Sebelum di baiki, lampu halogen didalamnya tidak menyala apabila thermostat (butang bahagian kanan) dilaras.
Hari ini saya kongsikan masalah pada sebuah alat pengering rambut berjenama ELBA, Model: EHD-B1225TR dengan masalah padam sendiri setelah kira-kira 20 saat digunakan.
ELBA EHD-B1225TR
Ketika saya menguji alat pengering rambut tersebut, ianya boleh dihidupkan namun saya dapati bahawa kipasnya lemah atau berpusing dengan kadar yang perlahan daripada biasa.
Panas melampau...
Selain daripada itu, pemanasnya juga menjadi merah menyala seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan akhirnya padam sendiri. Ianya masih boleh dihidupkan lagi setelah pemanasnya telah sejuk iaitu kira-kira 15 minit selepas itu.
Buka & periksa...
Masalah sedemikian biasanya disebabkan motor/dinamo kipas yang bergerak perlahan akibat dibelit rambut pengguna.
Setelah saya buka kipasnya, tiada rambut ditemui seperti saya jangkakan. Jadi, apa pula punca motor/dinamo kipas berpusing dengan perlahan?
Kipas tidak sumbat...
Seterusnnya saya buka memanas serta motor/dinamonya sekali seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Buka motor/dinamo...
Motor/dinamo telah dibuka...
Buka lagi...
Setelah motor/dinamo alat pengering tersebut saya buka dan diperiksa dengan menggunakan multimeter, akhirnya saya dapati terdapat masalah pada dinamonya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Masalah dinamo yang rosak sebegini boleh dibaiki iaitu dengan menukar kesemua wayarnya (rewind) dengan yang baru. Cara lain selain daripada 'rewind' ialah menukar motor/dinamo yang baru.
Alat pengering rambut ini tidak dibaiki sebab tiada alat ganti untuk motornya mahupun wayar untuk 'rewind' motornya. Kos untuk 'rewind' motornya hampir sama dengan membeli alat pengering rambut yang baru.