Showing posts with label HINO. Show all posts
Showing posts with label HINO. Show all posts

Friday, 12 June 2026

HINO 3 ton truck instrument cluster repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk instrument cluster untuk lori berjenama HINO dan anda boleh rujuk di sini.

HINO instrument cluster

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi instrument cluster untuk lori berjenama HINO seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup belakang dibuka...

Menurut pemilik ianya gagal berfungsi setelah terlebih voltan dari alternator yang bermasalah.

Litar pintas - CBK2

Setelah dibuka serta diperiksa, saya menemui satu komponen mengalami litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Untuk makluman semua, komponen berlabel CBK2 merupakan TVS diod dengan rating 24v. 

Bahagian bawah papan litar...

Instrument cluster ini masih gagal berfungsi setelah CBK2 di atas telah diganti.

Pemeriksaan seterusnya menemui sebiji diod jenis SMD putus seperti boleh ditonton pada klip video di atas. 

Gantikan diode yang putus (V6)

Instrument cluster ini berjaya diselamatkan setelah kedua-dua komponen rosak di atas telah diganti.

Komponen yang rosak...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY...

Saturday, 6 June 2026

24v DENSO fan motor (168000-5370) repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah motor kipas angin berjenama DENSO untuk kegunaan lori HINO euro 2. 

DENSO fan motor (168000-5370)

Menurut pemilik, masalahnya ialah kipas kadang-kadang berpusing dan kadang tidak berpusing.

Buka penutup bawah...

Majoriti masalah sedemikian adalah disebabkan 'carbon brush' telah haus dan perlu ditukar.

Buka lagi...

Setelah dibuka, sah 'carbon brush' telah pendek seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

5mm (5mm x 6mm x 14mm)

Saiz 'carbon brush' yang digunakan ialah 5mm x 6mm seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

6mm (5mm x 6mm x 14mm)

Kipas ini memerlukan 4 batang 'carbon brush' dan masalah selesai setelah kesemuanya ditukar.

Siap...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Wednesday, 5 November 2025

Hino 300 series instrument cluster repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk 'instrument cluster' atau meter kereta berjemama Hino dengan masalah paparan pada skrin LCD kabur.

Hino 300 instrument cluster

Gambar di bawah ialah keadaan skrin LCD setelah penutup dibuka dan jelas kelihatan lapisan atas skrin telah berkedut.

LCD...

Setelah dikeluarkan serta diperiksa, kerosakkannya ialah pada lapisan polariser atas sahaja.

Polariser rosak...

Polariser mudah rosak jika melibatkan haba panas akibat kereta sering ditinggalkan serta dijemur dibawah terik matahari.

Buka polariser rosak...

Cara membaikinya ialah dengan mengggantikan lapisan polariser sahaja. Polariser lama perlu dibuka dan bersihkan gam yang masih melekat pada skrin.

Gantikan polariser yang baru...

Polariser LCD seperti ini berbeza dengan polariser TV yang mempunyai darjah (degree) tertentu. Pastikan anda beli polariser 0° untuk mengggantikannya.

Siap..

Gambar di bawah dihantar oleh pemilik kepada saya setelah mengujinya dan ianya kini tidak kabur lagi.

Tested - ok

Klip video di bawah adalah singkatan untuk keseluruhan proses menggantikan polariser pada skrin LCD di atas.

Selamat berDIY...