All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Wednesday, 29 May 2019
ZIP HydroTap service password
Hari ini saya nak kongsikan satu rahsia yang pihak pengilang serta 'service center' rahsiakan daripada kita sebagai pengguna. Tujuannya ialah supaya mereka boleh menjana pendapatan lagi bila kita terpaksa menghantar kepada mereka atau memanggil mereka untuk memeriksa serta membaiki atau juga dikenali sebagai "after sales services".
ZIP HydroTap
Benda yang saya ingin kongsikan ini ialah pemasak air untuk kegunaan di restaurant atau di rumah berjenama Zip HydroTap buatan Australia.
Serial number pada 'user guide'
Semua peralatan eletrik akan ada masalah suatu hari kelak disebabkan faktor tertentu. Begitu juga dengan pemasak air ini yang boleh dikatakan agak canggih.
Skrin utama...
Untuk memeriksa apa yang rosak, kita kena masuk ke skrin 'service menu' dan kita perlukan kata laluan (password). Pihak pengilang serta 'service center' tidak akan memberitahu kita apa kata laluan tersebut. Kalau nak tahu, saya ceritakan seterusnya, ikut langkah-langkah berikut untuk mendapatkan kata laluan tersebut:-
1. Hidupkan pemasak air tersebut & tekan 'menu'
Menu
2. Kemudian tekan 'info'
Info - serial number
3. Di dalam 'info' cari 'Serial No.'
Serial nombor pada mesin pemasak air tersebut ialah: 20140915580050. Lapan(8) angka pertama merupakan tarikh pemasak air tersebut di buat dan enam (6) angka di belakang merupakan nombor rujukan. Jadi untuk mendapatkan kata laluan (password) tersebut, ianya adalah gabungan hari mesin tersebut dibuat dan tiga (3) angka di belakang. Oleh yang demikian, kata laluan mesin tersebut ialah: 15050.
Masukkan kata laluan mesin anda...
Seterusnya anda boleh tekan 'service' dan masukkan kata laluan mesin anda dan setelah kata laluan dimasukkan, anda kini berada di dalam 'service mode' di mana anda boleh periksa satu per satu seperti jurutera...
Lepas masuk kata laluan, tekan 'enter'...
Service mode screen
Test mode
Test element - passed
Test pump - passed
Checking...
Tested - ok
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.