Wednesday, 22 May 2019

LG MS-192W Microwave repair

Hari ini saya dirujuk sebuah ketuhar gelombang mikro berjenama LG, Model: MS-192W dengan masalah mengeluarkan bunyi bising yang kuat bila digunakan.
Jenama: LG
Bila saya hidupkan ketuhar gelombang mikro tersebut dan bunyi kuat kedengaran dari dalam. Dari pendengaran saya bunyi tersebut adalah hasil daripada sesuatu yang bergetar.
Model: MS-192W
Mari kita buka dan periksa ketuhar gelombang mikro tersebut. Setelah diperiksa semua bahagian yang boleh dilihat pada gambar di bawah, tiada masalah yang ditemui.
Setelah penutup atas dibuka
Saya juga membekalkan eletrik dan hidupkan ketuhar tersebut dan akhirnya saya dapati bunyi tersebut adalah dari bahagian bawah ketuhar gelombang mikro.
Penutup bahagian bawah microwave
Setelah penutup bahagian bawah ketuhar tersebut dibuka, kelihatan sebiji motor yang mengerakkan piring di dalamnya nampak kotor dan usang.
Stirrer motor pada bahagian bawah microwave...
Bila motor tersebut dibuka dan diuji, ternyata bunyi tersebut adalah hasil daripada gegaran motor tersebut.
Strirrer motor rosak...
Untuk makluman, motor tersebut tidak dapat dibuka untuk diselengara. Dengan yang demikian saya gantikan sahaja motor tersebut dengan yang baru.
Strirrer motor yang baru...
Setelah menggantikan motor yang baru dan diuji, kini ketuhar gelombang mikro tersebut beroperasi seperti biasa dan tiada bunyi bising yang kuat kedengaran lagi melainkan bunyi kipas seperti biasa.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.