Saturday, 18 May 2019

Spring heating unit 800w/230v repair

Hari ini saya dirujuk sebuah alat pemanas berjenama Spring dengan masalah bila dihidupkan seluruh bekalan elektrik akan terputus.
Element pemanas berjenama Spring
Alat pemanas ini buatan Jerman dan hanya digunakan selama dua tahun sahaja. Dari maklumat diberi oleh pemilik, saya pasti ianya mengalami litar pintas.
Jenama: Sring
Jika peralatan elektrik yang mengalami litar pintas, kita tidak perlu mencuba lagi untuk memastikan ianya akan memutuskan bekalan elektrik seluruh rumah semula.
Penebat wayar lebur...
Mari kita buka dan lihat apa yang menyebabkan litar pintas tersebut. Setelah dibuka dan apa yang boleh dilihat ialah seperti pada gambar di atas dan di bawah. Jelas kelihatan penebat wayar hidup (L) dan neutral (N) telah lebur dan bersentuhan.
Wayar neutral dan wayar hidup bersentuh (Litar pintas)
Masalah sedemikian biasanya tidak merosakkkan benda lain, bila diperiksa thermal fius dan element pemanas kesemuanya tidak putus.
Wayar yang tidak elok, potong & buang...
Oleh yang demikian kita cuma perlu potong wayar yang rosak dan sambung semula kepada pemanasnya. Pastikan ketiga-tiga wayar tidak tersalah sambung.
Siap...
Setelah kerja potong & dan sambung siap dan diuji, semuanya berkeadaan baik dan boleh digunakan semula.
Rintangan pemanas: 63.2Ω
Sebagai tambahan, jika kita ingin tahu kemampuan pemanas tersebut, kita boleh mengira keupayaannya dengan menggunakan formula yang paling asas iaitu:-
  1. P = I V
  2. V = IR
Element pemanas tersebut di labelkan dengan kemampuan mengeluarkan 800w dengan bekalan elektrik 230v.

Oleh itu jika kita gunakan formula pertama, kita akan dapat I = 3.478
P = IV
800 = I (230)
I = 800 ÷ 230 = 3.478.

Seterusnya masukkan I = 3.478 ke dalam formula ke-2.
V = IR
230 = 3.478 (R)
R = 230 ÷ 3.478 = 66Ω

Oleh itu jika kita ukur element pemanas, bacaannya harus -/+ 66Ω

Jika dilihat pada gambar di atas, bacaan yang saya dapat ialah 63.2Ω dan sah pemanas tersebut mampu menghasilkan kuasa kira-kira 800w.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.