Showing posts with label Blood Donor. Show all posts
Showing posts with label Blood Donor. Show all posts

Friday, 19 January 2024

Blood Donor Card - MySejahtera

Saya mula menderma darah pada tahun 2008 dan sehingga akhir tahun 2023 saya telah menderma sebanyak 21 kali.

Walaupun saya telah menderma sebanyak 21 kali namun rekod saya di aplikasi mysejahtera cuma 7 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya telah membuat aduan kepada pihak mysejahtera melalui e-mail seperti diminta pada aplikasi namun tiada tindakan.

Hujung tahun lepas (2023) sewaktu menderma darah ke-21, saya telah mengadu masalah di atas kepada pihak pendaftar bank darah yang bertugas ketika itu.

Petugas meminta gambar kad pengenalan, buku rekod menderma darah serta gambar tangkap layar rekod mysejahtera sahaja untuk membantu mengemaskini rekod pada mysejahtera.

Hari berikutnya saya dapati rekod pada mysejahtera saya telah dikemaskini seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gambar di atas adalah faedah sebagai penderma darah yang saya ambil dari aplikasi mysejahtera.

HB - 16 .3 (31/12/2023)

Gambar di atas dan di bawah pula ialah pemeriksaan wajib yang harus lulus sebelum saya dibenarkan menderma darah ke-21 lepas.

BP - 121/82, HR - 65 (31/12/2023)

Ketika program menderma darah baru bermula suatu ketika dahulu, penderma akan diberi sebotol stout serta telur rebus oleh hospital kerajaan setelah berjaya menderma darah. Dengar cerita ada yang mengatakan stout boleh 'tambah darah'. 

Saya juga pernah mendengar cerita dari orang yang kerja mengangkat barang di jeti serta memindah barangan dari kontena mengatakan mereka setiap hari selepas kerja harus meminum stout. Jika tidak, hari berikutnya tidak bertenaga untuk kerja.

Majoriti kini diberi sijil serta sedikit buah tangan dari pihak penganjur seperti sekampit beras, boucher, roti, kuih dan sebagainya.

Monday, 1 May 2023

Tabung darah kekurangan darah jenis B

Dari masa ke semasa, saya menderma darah dan kali terakhir saya melakukannya ialah sewaktu PKP pada 12/05/2020. Saya menderma darah ketika itu setelah mendapat panggilan dari pihak tabung darah hospital Miri.

Sejak itu saya tidak menderma darah lagi sehingga 29/04/2023 lepas apabila ternampak iklan mengatakan tabung darah kekurangan darah jenis B.

Tiada niat untuk tidak mahu mendema darah namun dek kerana pandemik CoVid-19, saya sedaya upaya mengurangkan pergerakan agar tidak dijangkiti demi keselamatan diri.

Kita boleh menderma darah setiap 3 bulan dan faktor utama saya gagal melakukannya adalah disebabkan pandemik CoVid-19.

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman baharu sewaktu menderma darah iaitu tanpa menggunakan bius. Ini merupakan kali ke-2 saya menderma tanpa suntikan bius dan saya dapati ianya sebenarnya lebih selesa bagi saya.

Saya juga perasan kesakitan sewaktu dicucuk jarum bius sebenarnya lebih sakit atau mungkin sama dengan sewaktu dicucuk jarum menderma darah. Jadi, kenapa perlukan suntikan bius?

Jika anda adalah penderma darah, sila cuba tanpa ubat bius dan anda akan faham apa yang saya ceritakan di atas.

Klip video di atas saya rakam menggunakan telefon bimbit sewaktu dicucuk tanpa bius.

Fikir-fikirkan...

Tuesday, 12 May 2020

Tabung Darah

Awal pagi ini saya telah menerima panggilan telefon dari tabung darah hospital Miri untuk membantu mengisi kekurangan bekalan darah.
Tabung darah, Miri
Kali terakhir saya menderma darah ialah pada 15/12/2019 dan secara amnya kekerapan untuk menderma darah ialah setiap 3 bulan.
Tempat letak kereta khas untuk penderma darah
Saya mula menderma darah pada 13/04/2008 dan pernah berhenti menderma sebab komplikasi thyroid pada tahun 2010 sehingga 2014. Kita tidak dibenarkan menderma darah jika tidak sihat atau mempunyai masalah kesihatan.
CoVid-19 declaration
Saya juga pernah bertekad untuk tidak mahu menderma darah lagi selepas mengalami komplikasi thyroid namun kembali menderma semula pada penghujung tahun 2014 dengan kekerapan dua kali setahun sahaja sehingga kini.
70.65kg
Saya diberitahu bahawa tabung darah di Miri kini mengalami kekurangan bekalan darah jenis B dan terpaksa menelefon penderma untuk tampil menderma.
Tekanan darah & nadi
Kini penderma harus mengisi borang khas iaitu borang deklarasi saringan pesakit CoVid-19 seperti boleh dilihat pada gambar ke-3 di atas.
Kerusi 5 bintang
Hari ini merupakan kali pertama saya menderma darah tanpa bius setelah mendapat nasihat yang meyakinkan daripada jururawat yang bertugas.
Cucuk jarum tanpa di bius
Di sini saya ingin kongsikan kepada anda semua bahawa kesakitan dicucuk jarum tanpa bius adalah minima dan jika anda pernah diambil darah untuk ujian darah (blood test) sebelum ini, anda sebenarnya telah dan boleh menghadapinya. Kesakitannya adalah sama dengan ketika dicucuk jarum bius, macam kena gigit nyamuk daa...
450ml
Siap...
Derma 18 kali je...
Setiap tahun tabung darah akan mengalami kekurangan bekalan darah pada bulan ramadhan dan ini merupakan kali pertama pihak tabung darah menelefon saya untuk menderma. Ramai yang takut termasuk saya untuk menderma di hospital ketika pandemik CoVid-19 menular di seluruh dunia. Semua program menderma darah telah dihentikan ketika ini juga turut menyumbang kepada kekurangan bekalan darah di seluruh negara.
Rekod penderma...
Selamat menderma...

Sunday, 13 July 2014

Derma Darah

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang penderma darah. Kali pertama saya menderma darah ialah pada 13/4/2008 dan sejak itu saya tidak pernah gagal untuk menderma darah setiap 3 bulan sehingga 27/12/2009. Dalam tempoh tersebut saya telah berjaya menderma sebanyak 8 kali dan selepas itu saya tidak layak lagi untuk menderma darah disebabkan oleh masalah komplikasi thyroid.

Masalah komplikasi thyroid saya bermula pada tahun 2010 dan saya terpaksa mengambil ubat selama setahun untuk pulih. Namun setelah pulih, saya masih tidak layak untuk menderma darah disebabkan perlu menjalani siri pemeriksaan darah agar tiada komplikasi thyroid berulang semula serta stabil.

Sejak dari tahun 2010 sehingga ke tahun ini saya tidak layak untuk menderma darah, namun semalam saya telah berjaya dan layak untuk menderma darah semula. Berikut merupakan proses yang harus dilalui oleh setiap penderma darah sebelum layak untuk menderma.
pemeriksaan darah
Setiap penderma haruslah mengisi borang sebelum layak untuk menderma darah. Ketika pemeriksaan darah, Haemoglobin (HB) saya ialah 16 dan Tekanan darah (BP) saya pula ialah 70/110.
Kena bius dulu... (tak sakit tau, sakit lagi kena gigit nyamuk)

Ini lah jarum yang bakal menusuk ke dalam salur darah...

Dah masuk ke salur darah...

proses bermula...

satu bungkus 450ml...

Dapat sijil - sempena menyambut 'world red cross day'

kalau nasib baik, keluar surat khabar (United Daily News 13/7/14)

Sunday, 10 June 2012

World Blood Donor Day

Tema hari derma darah sedunia (World Blood Donor Day) tahun ini ialah 'Every Blood Donor is a HERO'. Sebanyak 145 pemohonan untuk menderma darah telah diterima oleh penganjur tetapi cuma 97 orang sahaja yang berjaya untuk menderma darah.

Saya merupakan salah seorang yang tidak berjaya diterima untuk menderma darah pada hari ini berikutan tidak memenuhi kriteria sebagai penderma walaupun saya pernah menderma sebanyak 8 kali sebelum ini.

Kali terakhir saya menderma darah ialah pada 27/12/2009. Sebab utama saya tidak menderma darah selepas itu ialah disebabkan saya mengalami masalah thyroid atau lebih tepat dikenali sebagai 'hyperthyroidism'. Punca kenapa saya mengalami 'hyperthyroidism' tidak diketahui namun saya dikehendaki mengambil ubat untuk mengawalnya.

Buat masa ini saya masih mengambil ubat (Carbimazole) tersebut dan tidak boleh menderma darah. Saya juga diberitahu oleh doktor yang memeriksa saya tadi bahawa masalah thyroid tidak akan sembuh dan perlu mengambil ubat sepanjang hayat untuk mengawalnya. Ini bermaksud secara langsung saya tidak layak untuk menderma darah selagi masih mengambil ubat terapi thyroid atau dengan lebih tepat, tak boleh menderma darah buat selama-lamanya...

Namun ada berita gembira buat saya walaupun tidak layak menderma hari ini. Doktor tersebut telah menawarkan kepada saya agar pergi ke pusat 'blood bank' di Miri untuk membuat ujian darah bagi memastikan kedudukan terkini masalah thyroid saya. Mudah-mudah ada jalan penyelesaian selepas ini...

Bukan saya tak mau menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan tetapi saya tidak layak untuk menderma darah!
I'm not a HERO today...
Borang menderma darah...
Borang menderma darah...
Borang menderma darah...
Periksa Hb...
Hb - ok (Tenggelam)
Gagal, tak boleh menderma darah...
Saya telah berjaya menderma sebanyak 8 kali, anda bagaimana?