Showing posts with label Narutron. Show all posts
Showing posts with label Narutron. Show all posts

Friday, 30 July 2021

Narutron NEK-16C electric kettle repair

Sebelum ini saya pernah membaiki cerek seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: Naruton

Hari ini saya dirujuk cerek elektrik yang serupa dengan masalah yang sama iaitu tidak berfungsi bila dibekalkan arus elektrik tetapi kerosakkan yang berbeza.

Model: NEK-16C

Pemeriksaan awal mendapati tiada keterusan (continuity) pada terminal plug 3-pin namun fiusnya masih elok.

Setelah penutup bawah dibuka...

Seterusnya saya buka penutup bahagian bawah kettel dan pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati ketiadaan keterusan adalah pada terminal wayar hidup yang saya labelkan huruf 'L' pada gambar di bawah.

N = neutral, L = Live & E = Earth

Terdapat satu suis yang berfungsi sebagai thermostat padanya seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah yang tidak mengalirkan arus elektrik.

Tiada keterusan pada suis...

Apa yang saya lakukan ialah lipat kertas pasir dan masukkan di antara suis tersebut, gosok kedua-dua permukaan sehingga bersih.

Lipat kertas pasir dan bersihkan...

Cerek elektrik yang elok seharusnya mempunyai bacaan rintangan pada terminal L (live) dan N (Neutral) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah ketika diperiksa.

35.7Ω

Cerek ini telah berjaya diselamatkan setelah hanya dengan membersihkan suis seperti yang saya tunjukan di atas dan ianya masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Friday, 10 July 2020

Narutron NEK-16C electric kettle repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah cerek elektrik berjenama Narutron, Model: NEK-16C dengan masalah tidak berfungsi langsung.
Jenama: Narutron
Cerek elektrik ini adalah buatan Malaysia dengan kuasa 1600w dan kapasiti 1.6L.
Model: NEK-16C
Seperti biasa, benda pertama yang saya periksa ialah bahagian yang membekalkan elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah kepada cerek tersebut dan tiada masalah ditemui.
Bahagian yang membekalkan elektrik kepada cerek...
Kemudian saya buka bahagian bawah cerek dan periksa pemanasnya serta 'thermal fuse' dan kedua-duanya juga elok tanpa masalah.
Buka bahagian bawah cerek...
Seterusnya saya buka bahagian pemegangnya untuk memeriksa suis dan mendapati ianya tiada 'continuiety'.
Suis didapati rosak...
Masalah yang saya hadapi kali ini ialah tiada alat ganti yang serupa/sesuai dijumpai di pasaran tempatan.
Buka suis tersebut...
Saya terpaksa buka dan cuba baiki suis tersebut. Gambar di atas dan di bawah menunjukkan keadaan suis setelah saya buka.
Bersihkan bahagian yang bersentuhan...
Sentuhan pada suis tersebut tidak elok dan ada kesan percikan api berlaku sebelum ini. Saya gosok bahagian yang bersentuhan dengan kertas pasir yang halus dan gambar di bawah menunjukkan ianya telah siap saya baiki.
Siap...
Sebelum dipasang kembali kepada cerek, saya periksa dengan menggunakan multimeter dan ianya kini mempunyai 'continiuety'.
Dah ada 'continuiety'...
Setelah siap dipasang, kini ada bacaan rintangan pemanas pada plug 3-pin iaitu 40Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
40Ω
Setelah berpuas hati, saya bekalkan arus elektrik serta uji cerek tersebut dan ianya kini kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...