Namun pada 10/7/2018 saya telah membeli dua buah lagi penghawa dingin untuk ruang tamu (2.5hp) & bilik tidur utama (1.5hp). Selama ini saya sememangnya tidak berminat dengan barangan buatan china namun kali ini saya terpaksa memilih kerana:-
- Tidak dapat dinafikan bahawa barangan buatan china tidak berkualiti dan selalu bermasalah namun kerana permintaan tempatan tertumpu kepada harga barangan ketika membuat pilihan dan saya juga tidak terkecuali...
- Majoriti penghawa dingin sekarang adalah buatan china.
- Tax holiday (jun 2018 - aug 2018)- mengambil kesempatan membeli barangan mahal ketika tanpa cukai.
![]() |
| Pandangan hadapan penghawa dingin GREE |
20 tahun yang lalu, harga sebuah penghawa dingin NATIONAL satu kuasa kuda (1hp) berharga RM1,850 termasuk kos pemasangan.
Ramai pengguna kini beralih kepada teknologi inverter kerana ianya lebih mesra alam dan boleh menjimatkan penggunaan elektrik. Namun saya tetap memilih penghawa dingin tanpa inverter kerana harga penghawa dingin tanpa teknologi inverter jauh lebih murah dan pada pandangan saya jika ingin mengurangkan penggunaan elektrik, gunalah penghawa dingin secara berhemah.
Jika penghawa dingin tersebut mempunyai teknologi inverter tetapi pengguna menetapkan suhu pada 16C, saya yakin penjimatan elektrik tidak akan berlaku. Kenapa? Sila baca sampai habis artikel saya ini...
![]() |
| 2.5hp (7.4A ketika kompressor berjalan) |
Untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya takut sejuk dan biasanya saya hanya menetapkan suhu penghawa dingin pada 26C sahaja. Setelah seharian saya menguji penghawa dingin tersebut, saya dapati bahawa kompressor penghawa dingin tersebut tidak pernah berhenti walaupun saya telah kesejukan.
Setelah saya periksa suhu pada penghawa dingin tersebut, ianya menunjukkan 27C walaupun ruang tamu saya telah teramat sejuk padahal saya hanya menetapkan suhu pada 26C sahaja.
![]() |
| Boleh semak suhu dalam bilik... |
Jadi jika kompressor tidak berhenti seharian digunakan bermaksud tiada penjimatan eletrik berlaku. Jika anda menggunakan teknologi inverter sekalipun tiada penjimatan elektrik berlaku jika kompressor berjalan tanpa henti.
![]() |
| Ada sensor pada 'remote control' |
![]() |
| Suhu ketika menggunakan sensor pada 'remote control' |
![]() |
| Therminstor sensor - 11kΩ(NTC) |
![]() |
| Suhu ketika diperiksa ialah 13.9C |
![]() |
| Suhu pada tempat duduk ruang tamu - 20C |
Pihak GREE akhirnya memberi alasan bahawa bilik saya terlalu besar dan suhu paling rendah yang dicapai hanya 27C. Ini alasan yang langsung saya tidak boleh terima dan ketika itu saya sungguh menyesal kerana sah barangan buatan china tiada mutu!!!
![]() |
| Lubang sensor suhu... |
Walaupun terdapat lubang kecil pada penutup luar seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas namun saya dapati bahawa paip gas yang menghubungkan bahagian dalam & luar penghawa dingin tersebut juga berhampiran. Adakah suhu disitu mencerminkan suhu bilik?
![]() |
| Sensor suhu disembunyikan pada dalam penghawa dingin |
![]() |
| Ketika sensor suhu disimpan pada aliran keluar angin |
![]() |
| Sensor suhu 15K (NTC) |
![]() |
| Pindahkan sensor suhu ke bahagian 'cooling coil' |
![]() |
| Pindah sensor suhu ke bahagian yang lebih dekat pada 'cooling coil' |
![]() |
| Pandangan dekat, sensor yang dibalut telah saya buang... |
- Barangan buatan china bukannya tidak bermutu tetapi kawalan mutu (QC) sangat teruk atau mungkin tiada QC langsung.
- Jika anda ingin menjimatkan penggunaan elektrik pada penghawa dingin anda, pastikan sensor suhu berfungsi sepenuhnya.
- Pastikan anda uji tahap sensitiviti sensor suhu pada penghawa dingin yang baru dipasang. Jika kompressor berhenti selepas mencapai suhu yang anda tentukan, maksudnya sensor suhu dalam keadaan baik.
- Sehingga artikel ini ditulis, saya menetapkan suhu penghawa dingin saya pada 26C dan kompressor akan berhenti setelah 15 minit beroperasi selama kira-kira 10 minit. Ini bermakna setiap 25 minit kompressor saya hanya berfungsi selama 15 minit sahaja berbanding dengan sebelumnya berfungsi tanpa henti.
Sesungguhnya dengan menyembunyikan sensor suhu tersebut, pengguna akan memuji penghawa dingin anda bagus sebab sejuk tetapi mereka TIDAK TAHU bahawa bil elektrik melambung setelah memilih penghawa dingin anda.
Saya bukan jurutera mahupun pakar penghawa dingin tetapi sebagai pengguna saya berhak menguji tahap kemampuan serta kualiti barangan anda. Sila komen di bawah jika anda ada idea yang lebih baik dari apa yang telah saya lakukan di atas.
Saya juga pernah beberapa kali menghantar e-mail kepada mereka mengadu permasalahan saya seperti di atas dan tiada satu pun tindakan yang diambil. Apa pandangan anda jika menghadapi masalah yang sama seperti di atas?
Jika anda tanya saya adakah saya akan memilih produk mereka lagi di masa akan datang? Jawapan saya sudah tentu TIDAK. Apa kata anda?
Jika anda rasa terpaksa memilih penghawa dingin GREE atas sebab-sebab tersendiri, anda cuma perlu alihkan sensor tersebut seperti yang saya lakukan diatas. Kalau ikutkan hati saya, saya nak mereka bayar balik wang saya dan tak nak penghawa dingin mereka. Masa beli cepat datang rumah dan pasang tetapi bila buat aduan, satu pun tak layan. Lepas tu bagi alasan tak masuk akal. Rumah saya cuma rumah teres, penghawa dingin 2.5 h.p. (kuasa kuda) cuma mampu turunkan suhu ke 27 darjah celcius sahaja. Menyampah betul...
Sekian...
![]() |
| Updated on 18/10/2018 (Bil eletrik bulan july, August & Oktober) |
Jelas kelihatan bahawa bill elektrik bulan august meningkat lebih sekali ganda berbanding bulan sebelumnya iaitu bulan july. Setelah saya pindahkan sensor tersebut pada bulan september iaitu ketika blog ini ditulis, bulan berikutnya menunjukkan penurunan bil elektrik dari RM52.75 (august) ke RM36.52 (september) & RM36.74 (october).
Nota kaki: Bil bulan September tiada disebabkan pihak SESCO tidak menghantar bil ke rumah berikutan pertukaran dari sistem dari GST ke SST. Jumlah bil bulan september ialah RM12.27 + RM24.25 = RM36.52 dan hampir sama dengan bil bulan october iaitu RM36.74.















