Showing posts with label ECONLITE. Show all posts
Showing posts with label ECONLITE. Show all posts

Monday, 22 August 2022

ECONLITE EM-11PC emergency light repair

Baru-baru ini saya dirujuk 9 buah lampu kecemasan dengan masalah biasa iaitu:-

  1. lampu fluorescent/LED tidak menyala langsung
  2. lampu fluorescent/LED boleh menyala namun sekejap sahaja
  3. lampu fluorescent/LED tidak padam setelah dibekalkan arus elektrik
ECONLITE RM-11PC

Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan masalahnya ialah:-

  1. Bateri rosak
  2. Bateri kehabisan cas sebab tidak mengecas
Model: EM-11PC

Sewaktu lampu kecemasan dirujuk kepada saya, semua baterinya telah kehabisan cas dan apa yang perlu dilakukan ialah caskan bateri satu per satu.

Setelah penutup dibuka...

Jika bateri boleh menyimpan cas, masalahnya ialah disebabkan sistem pengecas tidak berfungsi dan kerosakkannya hanya pada sebiji kapasitor dengan nilai 100uf, 16v sahaja seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

Jika bateri tidak mampu lagi menyimpan cas, gantikan baterinya. Voltan bateri yang rosak akan menurun dengan cepat jika dikeluarkan daripada pengecas.

7 buah lampu kecemasan rosak kapasitor sahaja...

Untuk pengetahuan semua, 7 daripada 9 buah lampu yang dirujuk kepada saya kali ini mengalami masalah tidak mengecas dan cuma perlu menukarkan kapasitor sahaja.

Kapasitor rosak - 'high ESR'

Gambar di atas menunjukkan kapasitor yang rosak dan bacaan ESR sangat tinggi (0.15kΩ = 150Ω). Kapasitor dengan nilai 100uf, 16v yang elok bacaan ESRnya ialah di bawah 1Ω.

Selamat berDIY...

Saturday, 30 April 2022

Restore ECONLITE EM-11PC emergency light

Sebelum ini saya pernah dirujuk lampu kecemasan seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

ECONLITE EM-11PC

Kali ini saya dirujuk sebuah lagi lampu kecemasan dengan model yang sama namun versi yang lebih moden iaitu menggunakan lampu LED.

Setelah penutup dibuka...

Lampu kecemasan ini telah lama dirujuk kepada saya dan telah diistihar 'beyond repair' suatu ketika dahulu namun tidak dibuang. Untuk makluman semua, ianya berkarat sebab dimasuki air akibat dari paip yang bocor.

Bahagian bawah papan litar...

Gambar di atas merupakan keadaan papan litar sebelum dibaiki dan gambar di bawah diambil setelah dibersihkan serta dibaiki. Litar yang putus juga telah saya sambung semula.

Papan litar setelah dibaiki...

Setelah papan litar siap dibaiki dan diuji, sebahagian lampu LED pula tidak menyala sebab terminalnya putus akibat berkarat.

Testing - sebahagian lampu LED tidak menyala...

Lampu kecemasan ini telah berjaya dipulihkan sepenuhnya setelah kesemua kerosakkan telah saya baiki termasuk menggantikan lampu LED yang tidak menyala.

Siap...

Masa yang telah saya habiskan untuk memulihkan kesemua kerosakkan ialah kira-kira sehari.

Selamat mencuba...

Tuesday, 26 April 2022

ECONLITE EM-11PC emergency light repair

Hari ini saya kongsikan satu masalah lampu kecemasan yang sering ditemui dan sangat mudah serta amat berbaloi untuk dibaiki.

ECONLITE EM-11PC

Lampu kecemasan ini berjenama ECONLITE, model EM-11PC dengan masalah lampu kalimantang/Pendaflour (fluorescent) sentiasa menyala dan tidak padam ketika ada bekalan elektrik.

Model: EM-11PC

Untuk pengetahuan semua, lampu kecemasan ini model lama dan menggunakan lampu fluorescent. Lampu kecemasan baharu sekarang semua menggunakan lampu LED.

Sebiji kapasitor sahaja yang rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya hanya pada sebiji kapasitor dengan nilai 100uF, 16v seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Tested - ok

Anda boleh tonton klip video di bawah untuk keterangan lanjut.

Selamat berDIY...

Monday, 21 March 2022

ECONLITE LE-908 KELUAR sign repair

Hari ini saya dirujuk sebuah lampu kecemasan keluar berjenama ECONLITE, model LE-908 dengan masalah langsung tidak berfungsi.

Keluar sign berjenama ECONLITE

Masalah biasa lampu kecemasan jika tidak berfungsi ialah disebabkan kerosakkan bateri namun setelah bateri ditukar, ianya masih juga tidak berfungsi.

Model: LE-908

Seterusnya saya memeriksa komponen yang ada pada papan litar dan juga tidak menemui sebarang kerosakkan.

Setelah papan litar dibuka...

Apabila saya buka papan litar, saya menemui satu litar telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Lampu kecemasan ini kembali berfungsi setelah litar yang putus telah saya sambung dengan menggunakan wayar.

Sambung litar yang putus...

Lampu kecemasan ini menggunakan 10 biji lampu LED dan hanya sebiji saya yang terang ketika telah berjaya dihidupkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sebiji sahaja lampu LED terang...

Gambar di bawah menunjukkan kesemua lampu LED yang malap telah saya gantikan dan ianya berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Gantikan semua lampu LED...

Selamat mencuba...

Thursday, 13 January 2022

ECONLITE SLE908 KELUAR sign repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk lampu kecemasan keluar yang hampir serupa seperti ini untuk di baiki dan anda boleh rujuk di sini.

keluar sign berjenama ECONLITE

Pagi ini saya dirujuk sebuah lampu kecemasan berjenama ECONLITE, model SLE908 dengan masalah lampu kecemasan tidak menyala apabila bekalan elektrik terputus.

Model: SLE908

Masalah lampu kecemasan tidak menyala adalah disebabkan kerosakkan pada 'rechargeable battery' dan harus ditukar.

Setelah bateri saya gantikan dan diuji, lampu kecemasan boleh menyala apabila bekalan elektrik terputus namun ianya masih juga menyala ketika ada bekalan elektrik seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Kapasitor 470uf, 25v kembung...

Pemeriksaan pada papan litar dengan mata kasar mendapati sebiji kapasitor kelihatan kembung dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Selain kembung, bacaan kapasitan pada kapasitor tersebut hanya kira-kira 100uF sahaja seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Kapasitor yang kembung harus ditukar dan tidak perlu diperiksa dengan menggunakan multimeter. Tujuan saya ukur menggunakan multimeter ialah untuk menunjukkan kepada semua ianya rosak serta bacaan kapasitan sentiasa berubah-ubah.

Siap...

Lampu kecemasan ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah bateri serta kapasitor yang kembung telah saya gantikan.

Klip video di atas menunjukkan lampu kecemasan (LED) padam setelah dibekalkan elektrik dan menyala apabila bekalan elektrik diputuskan.

Selamat mencuba...

Thursday, 12 November 2020

ECONLITE SE908 KELUAR sign repair

Hari ini saya dirujuk sebuah papan tanda kecemasan lama berjenama ECONLITE, Model: SE908 dengan masalah langsung tidak menyala.

ECONLITE SE908

Lampu kecemasan ini ialah di antara versi yang menggunakan lampu fluorescent dan versi yang menggunakan lampu LED.

Jenama: ECONLITE

Versi ini menggunakan lampu mentol 15W ketika ada bekalan elektrik dan menggunakan lampu mentol 4.8V ketika kecemasan.

Papan litar...

Setelah dibuka serta diperiksa, komponen yang rosak ialah:-

  1. 2 biji mentol 15w, 240v
  2. Bateri (3 biji rechargeable battery)
  3. Sebiji kapasitor 100uF, 16v
Komponen yang rosak ditukar...

Gambar di atas menunjukkan komponen yang rosak dan telah saya gantikan. Gambar di bawah pula diambil ketika saya bekalkan arus elektrik untuk mengujunya.

Ketika ada bekalan elektrik...

Gambar seterusnya di bawah saya ambil apabila saya putuskan bekalan elektrik dan mentol lampu kecemasan pula yang menyala.

Ketika bekalan elektrik putus...

Masalah utama pada lampu kecemasan ialah bateri sebab ia merupakan komponen 'wear & tear'. Biasanya bateri pada lampu kecemasan boleh bertahan kira-kira 5 tahun dan untuk makluman anda, majoriti yang dirujuk kepada saya dan perlu ditukar bateri bertahan sehingga mencecah 9 tahun.  

Tested - ok
Selamat mencuba...