Hari ini saya kongsikan masalah dari pengalaman sendiri memiliki gitar elektrik terpakai (secondhand).
![]() |
| Ceramic capacitor |
Sejak gitar dibeli sehingga baru-baru ini, saya perasan ada banyak suara yang tidak diingini kedengaran dari amplifier sejurus sahaja dihidupkan.
![]() |
| Pickup gitar |
Dipendekkan cerita saya buka bahagian yang melibatkan elektronik seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah dengan hajat 'troubleshoot' sendiri sebab malu hantar gitar murah kepada Luthier.
![]() |
| Bahagian bawah pickup gitar |
Pendawaiaan yang ada sangat mudah dan pada mulanya tidak menemui sebarang petunjuk namun setelah saya sambungkan kepada amplifier, saya dapati bunyi tidak diingini itu muncul bila saya sentuh 'ground' dengan jari.
![]() |
| Kapasitor untuk ubah tone suara... |
Saya syak kapasitor dengan label 473J seperti boleh dilihat pada gambar di atas rosak namun multimeter saya mengesahkan ianya elok.
![]() |
| 473J = 47nF |
Fungsi kapasitor tersebut ialah untuk mengubah nada (tone) yang dihasilkan oleh gitar apabila potentiometer dilaras.
![]() |
| Kapasitor tanpa polariti... |
Umum tahu kapasitor seramik tiada polariti namun jika melibatkan sistem suara (sound system), ianya sangat sensitif dan jika disambung terbalik akan menghasilkan bunyi tidak diingini bila disentuh terutamanya melibatkan 'ground'.
Cara menentukan kutub kapasitor untuk disambung ke 'ground' telah saya tunjukkan pada klip video di atas.
![]() |
| Siap... |
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua kapasitor pada gitar saya telah disambung terbalik oleh kilang dan masalah selesai setelah saya betulkan kutub kapasitor masing-masing untuk disambungkan ke 'ground'.
Selamat berDIY...



















































