Saturday, 29 June 2019

KENWOOD HM430 hand mixer repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah 'hand mixer' berjenama KENWOOD, Model: HM430 dengan masalah tidak berpusing.
Jenama: KENWOOD
Masalah mixer yang tidak berpusing biasanya adalah disebabkan gear yang mengerakkannya telah haus. Sebelum ini saya juga pernah membaiki mixer dengan masalah yang sama dan anda boleh membacanya di sini.
Model: HM430

Pandangan dalam setelah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, memang sah gear telah haus dan harus diganti. Anda boleh melihat keadaan gear yang telah rosak seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Gear telah haus...
Masalah yang dihadapi ialah kos untuk mendapatkan gear yang baru menelan belanja yang mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki.
Dua-dua gear telah haus...
Harga gear tersebut cuma kira-kira dalam £2.5 sehingga £7 sahaja namun setelah ditambah dengan kos penghantaran harganya boleh mencecah £10 hingga £15 iaitu kira-kira RM60 sehingga RM80 bergantung kepada harga pembekal. Anda boleh membelinya secara online di sini atau di sini. Harga untuk mendapatkan sebuah mixer yang baru kini cuma kira-kira dalam RM138.00 sahaja.
Cuci dengan bersih...
Oleh kerana tidak berbaloi untuk membeli gear yang baru, maka saya cuba baiki gear tersebut dengan menggunakan gam epoxy. Cara membaikinya boleh anda baca di sini.
Baiki gear tersebut dengan gam epoxi...
Setelah gear tersebut dibaiki dan diuji, 'hand mixer' tersebut masih boleh digunakan namun tidak pasti berapa lama ianya boleh bertahan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.