Sunday, 2 June 2019

XiaoYi Yi Car Dashcam doesn't charge

Semalam saya dirujuk sebuah 'dashcam' berjenama XiaoYi Yi, Model: YCS1216 dengan masalah setelah ditukar bateri baru ianya tidak dapat mengecas langsung.
Jenama: XiaoYi Yi
Bila saya sambungkan 'charger' kepada dashcam tersebut, lampu LED berwarna merah tidak menyala, petanda dashcam tersebut memang tidak mengecas bateri di dalamnya.
Model: YCS1216
Mari kita buka dan lihat apa yang ada di dalamnya.
Setelah penutup belakang di buka...
Setelah saya keluarkan bateri tersebut, ternyata bateri telah diganti baru namun ada satu wayar berwarna putih tidak disambung sebab bateri yang di ganti itu cuma ada dua wayar sahaja iaitu berwarna merah dan hitam.
Bateri dah ditukar baru... (240mAH sahaja)
Punca tidak mengecas telah di ketahui namun bagaimana nak sambungkan wayar yang berwarna putih tersebut? Anda boleh sambungkan wayar putih tersebut bersama dengan wayar hitam tetapi cas bateri cuma dalam 30% penuh sahaja.
Sambung sebiji perintang 24kΩ
Bateri lama telah dibuang, jadi bagaimana mengetahui berapa rintangan yang diperlukan di antara wayar hitam & putih? Biasanya rintangan yang diperlukan pada wayar putih & hitam ialah di antara 10kΩ sehingga 50kΩ.
Lampu LED merah dah menyala...
Jadi saya cuba 10kΩ, 15kΩ, 20kΩ dan seterusnya, namun bila disambung 47kΩ lampu LED merah tidak menyala lagi. Oleh yang demikian akhirnya saya memilih 24kΩ dan bila diukur voltan maximum ketika mengecas bateri ialah 4.2v dan itu merupakan voltan tertinggi untuk mengecas bateri 3.7v.
Testing...
Kepada yang ingin tukar bateri sendiri, pastikan anda jangan buang bateri lama jika tidak tahu menyambung sebab kita boleh mengukur rintangan tersebut pada bateri lama iaitu di antara wayar hitam dan putih.
Testing...

Balut sambungan agar tidak berlaku litar pintas...

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.