Monday, 3 June 2019

Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Maintenance Free (MF)

Tahukah anda bahawa bateri 'maintenance free' (MF) mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding dengan bateri basah yang perlu di isi airnya dari masa ke semasa dengan kerap?
Buka bahagian penutup bateri...
Hari ini saya kongsikan cara bagaimana memanjangkan jangka hayat bateri 'maintenance free'.
Buka penutup setiap sel bateri...
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua bateri basah dan maintenance free mengandungi elektrolit atau biasanya dipanggil asid bateri di dalamnya. Perbezaannya ialah kita tidak perlu mengisi air bateri maintenance free sekerap bateri basah. Ini disebabkan perbezaan reka bentuk (design) kedua-dua bateri yang berbeza.
Buka guna duit siling...
Ketika bateri dicas, air bateri akan meruap dan akan berkurangan dengan lebih cepat pada bateri basah. Namun reka bentuk pada bateri maintenance free mampu mengurangkan proses pemeruapan tersebut.
Dah dibuka semua...
Ini bermaksud proses pemeruapan juga berlaku pada bateri maintenance free tetapi pada kadar yang jauh perlahan. Oleh yang demikian kita harus mengisi air yang telah hilang dalam bentuk wap supaya bateri tahan lebih lama.
Isi air suling (distrilled water) sahaja...
Cara mengisi air pada bateri maintenance free adalah sama dengan bateri basah dan anda boleh ikut langkah-langkahnya seperti pada gambar dalam artikel ini. Isi dengan air suling (distrilled water) sahaja.
Bateri ini dibeli pada 09/04/2015 (dah 4 tahun lebih)
Pastikan kepingan timah di dalam bateri direndam sepenuhnya setiap masa oleh air bateri. Jangan tunggu sehingga air bateri telah kering baru isi...
Bateri ini telah berusia 4 tahun...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.