Monday, 25 February 2013

DIY - ganti 'power window' Proton Satria GTi

Kejadian 'power window' kereta Proton Satria GTi saya rosak berlaku pada hari pertama tahun baru cina yang lalu (10/2/2013). Namun ianya hanya dibaiki pada 20/2/2013 setelah puas mencari alat gantinya di serata pelusuk Miri. Untuk makluman, alat ganti tulennya berharga RM776.20 dan harus ditempah melalui cawangan Proton.
1. Tanggalkan kesemua skrew...

2. Tanggalkan ke tiga-tiga skrew untuk mengeluarkan motor yang rosak...

3. Gantikan motor 'power window' yang baru...

4. Selepas ditukar dengan motor yang baru...
Jika boleh dipusing dengan tangan, sah motor tersebut telah rosak...

Kenapa harus membelanjakan sejumlah RM776.20 untuk alat ganti yang tulen sedangkan dengan harga RM35 (alat ganti untuk Proton wira) juga boleh digunakan. Takda siapa yang tahu kita guna alat ganti tiruan sebab ianya tersembunyi di dalam pintu.

Dengan harga RM776.20 saya boleh membeli sebanyak 22 biji motor tiruan. Saya juga yakin 22 biji motor tiruan boleh berkhidmat lebih lama dari sebiji motor tulen.

Nampak gayanya jika kita memiliki kereta nasional, kita perlu berbelanja lebih untuk penyelengaraan. Haruskah kita menyokong kereta nasional? Tepuk dada tanya iman...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.