Wednesday, 15 December 2021

APX 218S subwoofer repair

Baru-baru ini saya dirujuk dua biji subwoofer model APX 218S dengan masalah gagal menghasilkan bunyi apabila disambung kepada amplifier.

APX 218S subwoofer

Pemeriksaan awal pada bahagian penyambung kabel di belakang subwoofer mendapati tiada keterusan dan mungkin disebabkan coil speaker telah rosak atau juga mungkin ada pendawaiaan yang tertanggal.

Model: APX 218S

Pemeriksaan awal setelah bahagian penyambung belakang dibuka mendapati tiada masalah pendawaiaan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penyambung belakang dibuka...

Subwoofer ini dilengkapi dengan dua biji woofer 18 inci yang disambung secara selari seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup hadapan dibuka...

Setelah woofer dibuka, jelas kelihatan kabel berwarna merah telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Wayar merah putus...

Untuk pengetahuan semua, kabel berwarna merah tersebut telah rapuh dan putus apabila dibengkokkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah wayar merah rapuh adalah disebabkan kualiti tembaga yang digunakan meragukan. Gambar di bawah menunjukkan keadaan wayar setelah penyalutnya saya belah.

Mungkin tembaga dicampur dengan aluminium...

Pemeriksaan pada woofer masih elok dan bacaan rintangannya ialah 8Ω. Kedua-dua speaker disambung selari dan ianya memerlukan amplifier 4Ω.

rating speaker - 8Ω

Subwoofer ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kabel berwarna merah yang telah rapuh saya gantikan dengan yang baharu.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.