Sunday, 19 December 2021

YORK aircon remote control repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu membaiki alat kawalan jauh untuk kegunaan penghawa dingin berjenama YORK.

YORK aircon remote control...

Masalah alat kawalan jauh ini ketika dirujuk kepada saya ialah gagal berfungsi bila butang ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Saya cuba tekan satu per satu dan hanya butang 'reset' sahaja yang berfungsi setelah ditekan iaitu skrin padam dan kembali kepada paparan jam sahaja.

Setelah penutup belakang dibuka...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya setelah penutupnya dibuka dan ianya bersih tanpa masalah hakisan seperti yang sering berlaku jika ada kebocoran bateri.

Buka lagi...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji perintang yang dilabel R2 tiada seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang R2 hilang...

Saya juga tiada skematik untuk dirujuk dan tidak pasti apa nilai perintang yang digunakan pada R2.

bypass R2...

Memandangkan kesemua perintang yang ada pada papan litar dilabel 0 yang bermaksud 0Ω atau bertindak sebagai 'jumper', saya sambungkan R2 dengan sehelai dawai halus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested - ok

Percaya atau tidak, alat kawalan jauh ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah R2 saya sambungkan dengan wayar.

Jika tekan butang 'lock'...

Pada mulanya saya berpendapat keypad telah dikunci (lock) namun butang 'lock' juga tidak berfungsi ditekan sebelum dibaiki. 

Setelah dibaiki, jika butang 'lock' ditekan, simbol kunci terpapar pada skrin seperti boleh pada gambar di atas dan kesemua butang tidak berfugsi bila ditekan. Cara untuk membebaskan (relese) keypad yang telah dikunci ialah tekan butang 'lock' sekali lagi.


Selamat mencuba...

 

2 comments:

  1. Nak tumpang tanya — Samsung an wire halus R2 tu kena welding ke? Macam mana melekat wire itu?

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.