Friday, 1 November 2024

i-saraan 2025

Belanjawan 2025 telah dibentangkan oleh PMX pada 18/10/2024 lepas dan penambahbaikan insentif pada i-saraan boleh dibaca di sini.

Dari pemahaman saya, penambahbaikan tahun hadapan ialah insentif padanan dinaikkan dari 15% ke 20% namun had maksima masih sama iaitu RM500 setahun.

Memandangkan had maksima masih sama iaitu RM500 sahaja, maka untuk mendapatkannya jumlah caruman minima tahunan ialah RM2,400.00 atau RM200.00 sahaja sebulan ketimbang RM278 tahun ini.

Satu lagi syarat tambahan pada belanjawan kali ini ialah had seumur hidup sebanyak RM5,000.00 bagi setiap individu.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.