Baru-baru ini saya dirujuk sebuah papan litar untuk treadmill dan pemilik cuma hantar PSU (power supply unit) sahaja minta untuk diperiksa serta dibaiki.
Menurut pemilik, masalahnya ialah treadmill tersebut gagal dihidupkan sahaja. Papan litar ini masih lagi menggunakan transformer dan mudah diperiksa.
Pemeriksaan menyeluruh cuma menemui sebiji 'voltage regulator' dengan nombor rujukan 78L05 rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Untuk rekod, PSU ini telah dituntut oleh pemilik dan saya diberitahu masalah gagal dihidupkan juga selesai.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.