Thursday, 1 April 2021

Astro software update error

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro model DS830NA dengan masalah sejagat iaitu indikator tidak menyala.

Setelah dekoder tersebut saya baiki dan diuji, ianya boleh dihidupkan namun terus menjalani proses 'software update' setelah perkataan 'boot' pada indikator menyala.

Versi 1.65

Malangnya proses 'software update' tersebut berakhir dengan 'update error' seperti boleh ditonton pada klip video pertama di atas. Saya cuba hubungi nombor 'astro service' yang tertera pada dekoder seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan talian tersebut telah ditamatkan.

Seterusnya saya hubungi talian khas untuk NJOI di 03-9543 8100 dan perbualan saya dengan mereka juga berakhir dengan keputusan dekoder rosak dan harus diganti.

Untuk makluman semua, jika dekoder untuk pakej NJOI rosak, pengguna harus membeli dekoder baru dengan membuat pendaftaran baru.

Baru-baru ini saya ada dirujuk dekoder astro juga dengan masalah indikator tidak menyala dan setelah dibaiki dan diuji, ianya masih boleh digunakan semula.

Saya cuba membuat 'software update' pada dekoder tersebut dan ianya juga berakhir dengan 'update error'. Perbezaan skrin dahulu dengan kali ini ialah versi kemaskininya. Selama ini saya biasa menemui versi kemaskini 1.79 namun versi lepas ialah 1.65.

Versi 1.79

Persoalan saya ialah kenapa kedua-duanya berakhir dengan 'update error'? Setakat hingga hari ini, dekoder dengan 'update error' versi 1.65 di atas masih gagal berfungsi. 

Dari percubaan ke-2 di atas, saya berpendapat dekoder akan berfungsi semula jika 'software update' berjaya dilakukan. Saya juga yakin 'software update' tidak berjaya sebab pihak astro tidak menyediakan 'software update' untuk dikemaskini pada bila-bila masa.

Saya masih ingat lagi ketika astro baru memulakan siarannya pada awal tahun 90an, kami harus menelefon mereka jika ada proses 'software update' yang gagal.

Namun kini, mereka tidak dapat dihubungi seperti dahulu lagi untuk membuat 'software update' dan kita cuma boleh berhubung dengan operator yang tidak tahu menahu masalah teknikal.

Apa kata anda? Saya yakin jika proses 'software update' dekoder dengan versi 1.65 di atas berjaya dikemaskini, ianya masih boleh digunakan semula.

Jika pendapat saya di atas benar, tiba masanya untuk tidak menyokong astro lagi dan beralih kepada siaran MYTV. Anda boleh rujuk di sini untuk artikel saya berkaitan dengan MYTV dan sehingga ke hari ini MYTV mempunyai 18 siaran TV percuma.

Saya juga yakin tujuan anda melanggan astro NJOI ialah untuk menonton siaran secara percuma dengan kualiti siaran yang lebih jelas. Tahu kah anda, siaran MYTV adalah siaran digital dan kualiti siarannya setanding dengan astro NJOI.

Kedua-dua Astro NJOI dan MYTV adalah siaran percuma namun jika anda memilik TV jenis IDTV anda boleh menonton terus siaran MYTV tanpa memerlukan dekoder sebab ianya telah dilengkapi dengan fungsi talaan frekuensi digital. TV selain IDTV hanya mempunyai fungsi talaan frekuensi analog sahaja dan harus memerlukan dekoder digital untuk menonton siaran digital.

Anda boleh mendapatkan dekoder MYTV dengan harga serendah RM50 sahaja berbanding dengan dekoder astro yang harganya mencecah ratusan ringgit.

Fikir-fikirkan...

5 comments:

  1. Betul tu,do not switch off power supply cakap several minutes, tapi berhari hari pun tak siap . JANGAN PERCAYA BERALIHLAH KE MYTV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehingga hari ini saya masih belum pernah berjaya membaiki dekoder astro dengan masalah auto 'software update'.

      Delete
  2. Saya boleh baiki masalah ni.. update error sebab nand memory ic rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi info, apa perlu dibuat untuk baiki? gantikan nand memory ic atau reprogram atau flash memory? TIA

      Delete
    2. Rasanya xda org dapat dump keluar software astro ni.. saya hanya tukar ic korek dari decoder scrap

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.