Monday 9 May 2022

Baki LED driver 3W

Hari ini saya dirujuk sebuah LED downlight yang kecil dengan kuasa 3W sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

3W LED downlight

Masalah LED downlight ini ialah lampu boleh menyala namun berkelip-kelip.

LED driver

Pemeriksaan pada output LED driver mendapati bacaan voltannya tidak stabil dan sentiasa berubah.

Kapasitor utama rosak...

Setelah LED driver saya buka dan periksa, hanya sebiji kapasitor rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor rosak (4.7uF, 400v)

LED downlight ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kapasitor utamanya dengan nilai 4.7uf, 400v telah saya gantikan dengan yang baharu.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.