Saturday, 3 July 2021

Baiki dekoder astro reboot sendiri

Sebelum ini saya pernah membaiki dekoder astro sebegini dengan masalah serupa dan anda boleh rujuk di sini.

Dekoder NJOI...

Dekoder yang dirujuk kepada saya hari ini telah dan pernah dibuka oleh seseorang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

paparan indikator bermasalah...

Menurut pemilik, ianya boleh dihidupkan namun indikatornya akan bertukar kepada nombor serta simbol pelik-pelik seperti boleh dilihat pada gambar di atas ketika saya mengujinya.

Semua kapasitor 220uF, 25v rosak...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati kesemua kapasitor dengan nilai 220uF, 25v perlu ditukar berikutan nilainya yang telah jauh berkurangan.


Selain nilainya yang berkurangan, saya juga dapati bacaannya juga tidak stabil seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Siap...

Dekoder astro ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah 9 biji kapasitor 220uF, 25v telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.