Friday, 2 July 2021

SAMSUNG UA43K5100AK Full HD LCD TV repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk TV sebegini dan anda boleh rujuk di sini.

SAMSUNG UA43K5100AK

Saya diberitahu masalah TV ini ialah ada suara namun tiada layar. Apabila saya mengujinya, saya dapati layarnya ada namun malap seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Skrin tidak terang (malap)

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk TV dengan masalah layar yang malap dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa papan litar yang ada, saya tidak menemui sebarang kerosakkan. Langkah seterusnya ialah saya cabut bekalan elektrik ke mainboard seperti telah saya tandakan pada gambar di atas untuk menguji backlight dan ianya juga tidak menyala.

Sebiji skru perlu dibuka...

Backlight yang tidak menyala dari ujian di atas memberitahu kita bahawa backlight rosak serta perlu diganti.

Keluarkan skrin dengan T-con board sekali...

Nasib agak baik sebab saya masih lagi simpan TV serupa dahulu dengan masalah COF dan apa yang perlu saya lakukan ialah pindahkan skrin sahaja.

Skrin dah dikeluarkan...

Ketika mengeluarkan skrin dari TV, pastikan ianya dikeluarkan beserta T-Con board sekali seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Masukkan skrin elok...

Buka dengan berhati-hati dan proses memindahkan skrin juga harus dilakukan dengan cermat sebab mudah pecah. Jika pecah, segala usaha akan sia-sia sebab skrin yang pecah/retak tidak bole dibaiki lagi.

Testing...

Setelah proses pemindahan skrin siap serta diuji, masalah layar yang gelap selesai dan telah berjaya diselamatkan.

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.