Thursday, 29 July 2021

LG 32LG30RA-TA LCD TV repair

TV LCD berjenama LG berukuran 32" ini saya beli pada tahun 2005 dengan harga RM1,200.00 ketika itu dan sehingga hari ini telah 16 tahun berkhidmat dengan cemerlang.

LG 32LG30RA-TA

Sejak beberapa tahun yang lalu, ianya sering menghasilkan bunyi yang tidak sedap didengar dari speaker setelah dihidupkan beberapa ketika. Bunyinya seperti kebocoran angin atau hujan dan pernah saya buka beberapa kali namun tidak menemui sebarang kerosakkan.

Model: 32LG30TA-TA

Pada 25/07/2021 ketika menonton TV, saya ada terhidu bau seperti kertas terbakar dari belakang TV dan dalam masa yang sama saya dapati bunyi dari speaker sebelah kiri pecah seperti kon speaker telah koyak.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah saya buka dan periksa, bau kertas yang terbakar itu adalah dari speaker sebelah kiri TV seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Speaker yang rosak...

Speaker tersebut masih boleh mengeluarkan bunyi dan apabila diperiksa menggunakan multimeter, tiada sebarang kerosakkan ditemui.

8Ω, 10W/15W (rosak)

Spesifikasi speaker tersebut ialah 8Ω, 10W/15W dan bentuknya lain daripada yang lain. Untuk pengetahuan semua, mencari speaker TV yang sama adalah kerja yang paling susah di dunia sebab setiap model menggunakan speaker yang berlainan kecuali jika pada model yang sama sahaja.

speaker di bawah - rosak, atas - pengganti...

Saya jarang dirujuk TV dengan model yang sama untuk dibaiki dan setelah puas mencari pada TV yang tidak dapat dibaiki akhirnya saya menemui saiz yang hampir sama seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan speaker baharu...

Walaupun saiznya hampir sama namun tempat untuk skru dikunci ke TV jauh berbeza. Jadi, saya membuat sedikit pengubahsuaian seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kiri - elok, Kanan - rosak

Masalah suara pecah serta menghasilkan suara yang tidak sedap didengar beberapa tahun kebelakangan ini telah selesai setelah speaker sebelah kiri telah saya gantikan.


Klip video di atas saya ambil setelah speaker bermasalah tersebut telah dibuka serta diuji.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.