Sunday, 25 July 2021

6J2 valve vacuum tube preamplifier

Sebelum wujudnya semikonduktor, semua peralatan elektronik mengunakan tiub vakum (vacuum tube/electron tube/valve). Saya tidak berpeluang melihatnya sejak dari kecil sebab dilahirkan selepas wujudnya semikonduktor.

6J2 valve tube amplifier

Saya sering mendengar komen dari ramai pemuzik serta pengemar sistem suara (sound system) mengatakan bahawa suara yang dihasilkan oleh tiub vakum lebih berkualiti dan ianya lebih segar, jelas dan sebagainya.

Valve tube DIY kit

Setelah membuat penyelidikan sendiri, akhirnya saya membeli satu set preamplifier yang menggunakan tiub vakum 6J1 seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan ianya adalah DIY kit serta perlu dipasang sendiri.

6J2

Ketika memeriksa komponen-komponennya, saya mendapati tiub vakum yang dihantar adalah 6J2 dan bukannya 6J1 seperti diiklankan. Menurut penjual, papan litar tersebut boleh menggunakan 6J1, 6J2, 6J3, 6J4, 6J5, 6K4, 6AC7, 6AG5, 6AH6, 6AK5, 6AN5, 6AS6, 6AU6, 6BA6, 6BC5, 6BC6, 6BX6, 6DA6,  6F36, 6K4, 6K5, 6M1, 6V2522, EF74, EF93, EF95, 403A, 403B, CV4011, CV850, CV848, CV2521, GE5654W, 5749 serta 6136.

Pasang perintang & diod dalulu...

Setelah berpuas hati, saya mulakan pemasangan komponen ke papan litar (PCB). Tip untuk memasang komponen pada PCB ialah mulakan dengan komponen kecil dan rendah dahulu. Saya pasang perintang dan diod dahulu seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pasang kapasitor...

Komponen seterusnya yang saya pasang ialah kapasitor dan lain-lain sehingga selesai seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

PCB ini memerlukan bekalan elektrik 12v arus ulang alik (12vac) dan saya mengguanakan sebiji transformer 1A dengan bacaan output tak sampai 12vac iaitu cuma 11.33vac sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bekalkan 12vac...

Gambar-gambar berikut merupakan bacaan yang saya dapat ketika tiub vakum belum dipasang lagi ke papan litar.

nota pada pcb 12.6vdc

Bacaannya sedikit tinggi sebab tiada bebanan (load) dan setelah tiub vakum dipasang, bacaan akan berkurangan kira-kira 3vdc.

Nota pada pcb 28vdc

Kesemua bacaan voltan yang tertera pada papan litar ada dan rasanya semua berjalan dengan lancar serta tiada kecacatan setakat ini.

Nota pada pcb -28vdc

Untuk makluman semua, tiub vakum memerlukan voltan tinggi pada terminal anod dan katod. Bacaan voltan tinggi yang saya dapat ialah 60.58vdc seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jumlah 60.58vdc

Saya tidak pasang lampu LED pada bawah tiub vakum dan cuma diuji sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu berwarna biru.

Cuba lampu LED asal berwarna biru...

Setelah semuanya lulus pemeriksaan, saya pasang tiub vakum dan diuji. Sesuatu yang mengembirakan ialah filamen dalam tiub menyala seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pasang tube & uji...

Lampu filamen hanya menyala sedikit sahaja dan gambar di bawah saya ambil apabila lampu bilik dipadamkan. Cantik tak?

lampu valve tanpa cahaya...

Oleh kerana lampu filamen sedikit sahaja saya pasang dua biji LED berwarna oren seperti boleh dilihat pada gambar di bawah tiub vakum supaya lebih terang serta sepadan dengan lampu filamen tiub vakum.

Tukar lampu LED ke warna oren...

Akhir sekali saya sambungkan ke amplifier yang saya buat sendiri dahulu dan anda boleh rujuk di sini.

Cara pendawaiaan...

Klip video dibawah saya rakam ketika menguji preamplifier tersebut. Apa komen anda tentang suara yang dihasilkan setelah melalui preamplifier tiub vakum?

Testing...

Pada pendengaran pribadi saya, apa yang saya diberitahu sebelum ini semuanya adalah benar. Suaranya memang jelas, bertenaga serta lunak dan merupakan pengalaman baharu dalam hidup saya.

Jika anda berminat mendengar muzik, boleh mulakan dengan menambahkan sebiji tiub vakum untuk mendapatkan suara yang berkualiti. Cuba lah...

Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Hi sekali lagi tuan Hercules Wong. Boleh saya tahu tube preamp nie boleh guna untuk LP turntable tak?. Ketika ini saya menggunakan preamp biasa saja...kit diy juga. Tahun 2012 kalau tak silap.
    Kalau boleh guna, boleh saya tahu dimana nak beli?. Saya bukan jenis audiophile, cuma nak tukar selera. Banyak juga baca tentang kelebiham tube amp tapi kurang mampu nak pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, saya dah cuba pada turntable saya yang berjenama soundstage.

      Boleh beli di shopee/lazada/aliexpress/taobao. Taip je 'DIY 6J1' dan cari. Harga pasti mampu milik sebab DIY. Jika beli yang dah siap dipasang, sedikit mahal...

      Delete
    2. Hahahh! Terbaik tuan Wong!! Pasti akan dicuba. Terima kasih yang amat sangat utuk website yang sangat berguna untuk orang seperti saya.

      Delete
    3. sama-sama

      Sekadar perkongsian supaya kerjaya baiki-membaiki peralatan elektronik tidak pupus...

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.