Monday, 12 July 2021

Pioneer S-DV272T speaker

Speaker ini diberi oleh kawan beberapa tahun yang lalu dan ianya digunakan pada 'home theater' berjenama Pioneer, Model: S-DV272T.

Pioneer

'Home theater' tersebut gagal dibaiki dan speakernya saya simpan sehingga hari ini. Ianya dilengkapi dengan 6 biji speaker iaitu:-

  • 2 biji speaker hadapan (Front)
  • 2 biji speaker surround
  • sebiji speaker tengah (center)
  • sebiji subwoofer
Model: S-DV272T

Bentuk fizikal speaker ini kelihatan canggih namun menurut labelnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas, ianya direka khas untuk 'home theater' asal sahaja dan tidak boleh digunakan pada amplifier lain.

Setelah penutup dibuka...

Gambar di atas merupakan keadaan speaker tersebut setelah penutup hadapannya telah saya buka dan ianya cuma dilengkapi dengan sebiji speaker dan sebiji tweeter sahaja.

4Ω

Speaker yang digunakan dilabel 4Ω manakala tweteer pula dilabel 10Ω seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

10Ω

Pada mulanya saya berhajat mengambil speaker serta tweeter sahaja dan membuang kotaknya sebab tidak digunakan dan memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan.

Potong bahagian tengah...

Namun setelah dibuka saya dapati bahagian bawahnya kosang dan telah memotong serta buang bahagian bawahnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bahagian yang dipotong...

Saya juga tidak perlu menutup bahagian bawahnya sebab telah ditutup di dalamnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

setelah dipotong...

Gambar di atas menunjukkan perbezaan setelah dipotong dan ketinggianya kini tinggal separuh sahaja.

Masih panjang...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan dua buah kotak speaker hadapan (front) telah saya potong dan ianya kini tidak memerlukan ruang yang luas untuk disimpan.

Siap...

Saya sambungkan speaker tersebut kepada amplifier Pioneer A201 yang mempunyai kemampuan 40w setiap channel dan ianya sesuai sebab menurut labelnya, 'maximum power' adalah 60w.

Testing...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.