Friday, 9 October 2020

HF-175 hair straightener

Alat melurus rambut ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Pemilik memberitahu saya selepas dibaiki sebelum ini, ianya telah digunakan untuk satu jangka masa namun tidak dapat dihidupkan semula selepas itu.

Sebelum saya membukanya, saya telah menguji dan sah ianya tidak dapat dihidupkan serta lampu indikator berwarna merah tidak menyala serta tidak panas walaupun telah dibekalkan arus elektrik.

Saya juga buka wayar dan periksa dari plug 3-pin sehingga ke bahagian penyambungnya dan tidak menemui sebarang masalah.

Seterusnya saya buka serta periksa papan litarnya yang juga berakhir dengan jalan buntu iaitu tiada kerosakkan komponen yang ditemui.

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan rintangan pada kedua-dua elemen pemanasnya.

Kemudian saya bekalkan elektrik dengan tujuan untuk mencari punca kerosakkan yang menyebabkan ianya tidak dapat dihidupkan. 

Kejadian pelik berlaku di mana ianya boleh dihidupkan dalam keadaan terburai ketika dibekalkan arus elektrik.

Jadi, saya pasang kembali serta mengujinya semula dan masalah tidak dapat dihidupkan di atas telah lenyap.

Sehingga blog ini ditulis, saya masih tidak pasti kenapa ianya tidak berfungsi pada mulanya namun setelah dibuka dan tanpa menemui sebarang kerosakkan ianya kembali berfungsi semula bila diuji.

Saya kembalikan alat melurus rambut tersebut kepada pemilik dan memintanya menguji semula sebab tiada kerosakkan ditemui kali ini. Jika masalah sama kembali semula, saya akan kemaskini lagi artikel ini.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.