Thursday, 22 October 2020

Cara buka kipas pada alat pengering rambut

Banyak masalah berkaitan dengan alat pengering rambut saya kongsikan dan telah berjaya diselamatkan. Anda boleh rujuk semua artikel berkaitan dengannya di sini.

Tidak dapat dinafikan salah satu punca utama permasalahan alat pengering rambut ialah rambut pengguna yang membelit pada bahagian kipas dan harus dibersihkan agar ianya berfungsi dengan optimum. Biasaannya pengguna tidak perasan sehingga ianya tidak berfungsi.

Selit tali ke celah bilah kipas...

Tidak dinafikan juga ramai yang memilih untuk membeli baru sebab harganya yang murah di pasaran. Ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana cara untuk membuka kipas tersebut sebab ruangan yang sempit. Ada yang memberitahu saya bilah kipasnya telah patah setelah cuba dibuka oleh para DIY.

Hari ini saya kongsikan cara saya membuka kipas tersebut dan yang paling selamat bagi mengelak kerosakkan pada bilah kipas. Sila rujuk kepada gambar-gambar di atas dan di bawah.

Tarik tali yang telah diselit pada bilah kipas...

Penggunaan tali nilon adalah lebih baik namun saya gunakan dawai sebab tiada tali nilon dalam bangkel saya. Apa yang anda perlu lakukan ialah selitkan tali ke celah bilah pisau dan membuat pusingan U pada setiap bilah kipas seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Pastikan tarik kesemua tali serentak...

Setelah semua bilah kipas telah diselit dengan tali, susun semua tali bersama dan tarik serentak supaya daya menarik seragam pada kesemua bilah kipas. Jika dilihat pada gambar di atas, saya cuma selitkan tali pada tiga bilah kipas sahaja dan jika anda ingin buat yang sama pastikan ianya seragam.

Seragam yang saya maksudkan ialah terdapat 6 bilah kipas dan saya selitkan tiga bilah kipas secara selang seli supaya daya tarikan akan seragam pada ke semua bahagian kipas.

Dah tanggal kipasnya...

Jika tidak yakin melakukannya sendiri, hantarkan alat pengering rambut anda kepada jurutenik yang bertauliah. 

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.