Tuesday, 6 October 2020

Baiki kabel telefon

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara membaiki kabel telefon yang rosak/putus dan anda boleh membacanya di sini.

Penyambung kabel putus...

Hari ini saya kongsikan benda yang hampir sama namun kabel yang berlainan. Kabel yang saya tunjukkan pada artikel lepas disambung di antara ganggang telefon kepada telefon. Hari ini saya baiki kabel yang disambung dari telefon ke soket dinding.

Klip penyambung juga putus/rosak...

Cara membaikinya sama namun anda harus membeli penyambung (connector) yang berbeza di mana penyambung kali ini adalah lebih besar berbanding yang lepas.

Potong penyambung yang ingin diganti...

Potong penyambung (connector) yang rosak dan buang 5mm penyalut berwarna putih seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Masukkan wayar kepada penyambung (connector)...

Masukkan wayar ke dalam penyambung dan pastikan wayar tidak disambung terbalik seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Penyambung tersebut mempunyai 6 pin dan pastikan anda masukkan wayar ke dalam pin tengah iaitu ke-3 & ke-4.

Pastikan anda ada peralatan khas ini...

Akhir sekali, guna peralatan khas berwarna hijau/hitam pada gambar di atas untuk mengepit supaya wayar dan penyambungnya bercantum.

Siap...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.