Saturday, 21 December 2019

RAYON RY3-2 timer repair

Hari ini saya dirujuk sebiji timer berjenama RAYON, Model: RY3-2 dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
Jenama: RAYON, Model: RY3-2
Kegunaan timer tersebut ialah sebagai 'delay switch' dan boleh dilaras dari 0 saat sehingga 60 saat. Katakan jika kita laraskan timer tersebut kepada 10 saat, ia cuma akan menghidupkan relay di dalamnya selepas 10 saat setelah elektrik dibekalkan kepadanya.
Setelah dibuka...
Setelah dibuka, salah satu wayar telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan telah saya sambung kembali ke kedudukan asalnya.
Sambung balik wayar yang putus...
Pemeriksaan menyeluruh cuma menjumpai kerosakkan pada sebiji kapasitor 'low esr' dengan nilai 47uF, 50v dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Kapasitor yang rosak...
Setelah kapasitor tersebut saya ganti dan diuji, ianya kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.

Ketika arus elektrik dibekalkan kepada timer tersebut, lampu led merah tersebut akan berkelip-kelip dan berhenti berkelip setelah masa yang kita laras telah tamat.

Jika anda laraskan timer tersebut kepada 10 saat, lampu led tersebut akan berkelip sebanyak 10 kali.
Connection diagram...
Gambar di atas dan di bawah merupakan cara bagaimana timer tersebut di sambung. Bekalan elektrik AC disambung kepada pin nombor 2 dan nombor 7.
Pin pada timer tersebut...
Cara untuk memeriksa dan mengesahkan timer tersebut masih elok atau sebaliknya ialah seperti berikut:-
  1. sebelum arus elektrik dibekalkan kepada timer tersebut, pin nombor 1 & 4 serta 5 & 8 mempunyai 'continuity'.
  2. setelah arus elektrik AC dibekalkan kepada pin nombor 2 & 7 serta tunggu sehingga lampu merah berhenti berkelip. 'Continuity' akan bertukar ke pin 1 & 3 serta 6 & 8.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Friday, 20 December 2019

Televes 5392 repair

Sebelum ini saya pernah membaiki TV booster seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Jenama: Televes
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi TV booster yang sama tetapi model yang berbeza iaitu model 5392
Model: 5392
Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah lampu indikator berwarna hijau menyala tetapi tidak terang dan menurut pemiliknya, ianya tidak menghasilkan sebarang signal output.
Setelah penutup bawah dibuka...
Oleh kerana lampu led tidak terang, saya jangka PSU (power supply unit) tidak menghasilkan arus elektrik yang mencukupi untuk kegunaan TV booster tersebut.
Power supply unit (PSU)
Pemeriksaan awal menunjukkan PSU tersebut menghasilkan output 24v namun lampu led tidak terang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Output: 24v
Pemeriksaan pada PSU mendapati kapasitor outputnya 1000uF hanya mempunyai bacaan sebanyak 325uF sahaja.
Kapasitor output 1000uF perlu diganti...
Tiada kerosakkan komponen lain yang dijumpai selain daripada kapasitor tersebut dan telah saya gantikan dengan yang baru.
Kapasitor baru & lama...
Setelah kapasitor tersebut saya tukar, kini lampu led menyala dengan terang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
PSU tested - ok
Seterusnya saya buka penutup bahagian atas dan mendapati sebiji 'variable resisitor' (VR) telah tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Setelah penutup atas dibuka...
Variable resistor (VR) tersebut ditanda dengan nombor 251 yang bermaksud 250Ω. Masalah yang saya hadapi kali ini ialah tidak mendapat komponen yang sama dan VR yang paling dekat saya ada ialah 1000Ω/1kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Variable resistor baru 1kΩ
Televes 5384 repair

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Untuk mengurangkan rintangan VR 1kΩ tersebut kepada kira-kira 250Ω, saya sambungkan sebiji perintang 390Ω secara selari kepada VR tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Sambungkan sebiji perintang 390Ω selari dengan VR 1kΩ
Untuk kepastian, saya ukur menggunakan multimeter VR tersebut setelah disambung dengan perintang dan bacaan yang saya dapat ialah 274Ω dan ianya hampir dengan 250Ω seperti yang diperlukan.
Kini rintangan VR tersebut manjadi 274Ω

VR lama dan baru diubahsuai...

Siap...
Setelah siap dipasang kembali ke papan litar dan diuji, TV booster tersebut masih boleh digunakan.
Testing...

Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 19 December 2019

APB25-5-30 Ventilation Fan repair

Hari ini saya berjaya membaiki sebuah kipas pengudaraan (ventilation fan) atau juga dikenali sebagai 'exhaust fan' yang rosak akibat disambar petir/kilat. Pemiliknya juga orang yang sama meminta saya membaiki papan litar penghawa dinginnya yang juga rosak akibat disambar petir pada masa yang sama dan anda boleh membacanya di sini.
Model: APB25-5-30
Sebelum dibuka, pemeriksaan awal mendapati tiada 'continuity' pada wayar neutral (N) yang berwarna biru.
38w
Setelah motor dibuka dan diperiksa, hanya wayar neutral (N) yang putus dan setelah puas mencari akhirnya saya menjumpai wayar yang putus tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Wayar neutral (N) putus dijumpai...
Wayar tersebut saya sambung kembali kepada wayar biru dan pemeriksaan seterusnya mengejutkan saya iaitu 'thermal fuse' masih elok dan tidak putus.
Sambung kepada wayar berwarna biru...
Untuk makluman semua, kerja membaiki motor harus dilakukan dengan berhati-hati agar tidak memutuskan wayar halus pada bahagian stator motor.
susun dan ikat kembali kepada stator motor...
Pastikan kesemua wayar yang ada mempunyai 'continuity' sebelum memasangnya kembali dan diuji. Sekiranya masih terdapat wayar yang tiada 'continuity', bermaksud wayar bahagian stator motor masih ada yang putus.
Pasang kembali semua yang telah dibuka..
Begitu juga ketika proses memasang kembali apa yang telah dibuka juga harus dilakukan secara berhati-hati agar tidak merosakkan wayar halus bahagian stator motor.
Siap...
Keseluruhan proses membaiki kali ini mengambil masa kira-kira 2 jam untuk disiapkan dan telah diuji serta masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday, 18 December 2019

Baiki microwave SHARP R-228B

Sebelum ini saya pernah membaiki ketuhar gelombang mikro berjenama SHARP seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Jenama: SHARP
Model ketuhar gelombang mikro yang dirujuk kepada saya kali ini sedikit berbeza dengan yang lepas iaitu R-228B.
Model: R-228B
Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah tidak panas dan apabila saya mencubanya, ianya boleh dihidupkan namun bahagian HV (high voltage) tidak berfungsi.
HV fius putus...
Setelah dibuka dan diperiksa, benda pertama yang dijumpai rosak ialah HV fius dengan nilai 0.6A seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Seperti biasa jika fius putus, kita harus cari punca kenapa fius tersebut putus.
Litar pintas pada HV kapasitor
Pemeriksaan menyeluruh mendapati litar pintas pada HV kapasitor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Komponen yang rosak - HV kapasitor & HV fius
Jika anda berhajat membaiki sendiri, pastikan anda gantikan komponen yang rosak dengan nilai yang sama dan apa yang perlu saya ganti kali ini ialah:-
  1. HV fius (0.6A)
  2. HV kapasitor (0.94uF)
Gantikan dengan yang baru...
Setelah kedua-dua komponen yang rosak diganti dan diuji, ketuhar gelombang mikro tersebut masih boleh digunakan semula.
Pasang kembali ke kedudukan asal...

Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 17 December 2019

PENSONIC PIC-16 induction cooker repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'induction cooker' dengan masalah tidak panas dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.

Jenama: Pensonic

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki induction cooker dan pemilik memberitahu saya bahawa ianya mengeluarkan kod E1.

Model: PIC-16

Gambar di bawah menunjukkan kod E1 yang saya dapat apabila menguji induction cooker tersebut.

Kod E1

Kod E1 bermaksud ada masalah pada papan litarnya.

Maksud kod

Gambar di atas menunjukkan kod yang biasa dijumpai pada induction cooker serta maksudnya.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka, benda yang menarik perhatian saya ialah bangkai cicak yang telah kering dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Bangkai cicak...

Pemeriksaan awal hanya menemui sebiji kapasitor utama dengan nilai 4.7uF, 400v didapati rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah. 

Kapasitor utama rosak...

Setelah kapasitor utama tersebut saya ganti dengan yang baru dan diuji, kini kod bertukar menjadi E0 apabila saya letak sesuatu di atasnya.

Error code - E0

Hampir kesemua komponen telah saya periksa pada awalnya dan kali ini saya terpaksa membuka 'heat sink' pada transistor serta bridge rectifier dan terdapat beberapa biji perintang yang tersembunyi di bawahnya. 

Perintang 300kΩ bermasalah...
Baiki PENSONIC PIC-20 induction cooker

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Baiki PENSONIC PIC-20 induction cooker

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Akhirnya saya menemui sebiji perintang 300kΩ (oren, hitam, hitam, oren, merah) dengan nilai 4.8mΩ bila diukur pada papan litar dengan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 

4.8mΩ...

Untuk kepastian, saya keluarkan perintang tersebut dari papan litar dan ukur semula. Gambar di bawah menunjukkan bacaan yang saya dapat.

Setelah dikeluarkan dari papan litar - 4.8mΩ

Perintang lain yang berada di bawah 'heat sink' tersebut telah saya periksa dan kesemuanya masih elok.

Testing...

Setelah perintang 300kΩ tersebut saya tukar dengan yang baru dan diuji, kini induction cooker tersebut kembali berfungsi seperti biasa. 

Tested - ok

Selamat mencuba...