Tuesday, 17 December 2019

PENSONIC PIC-16 induction cooker repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'induction cooker' dengan masalah tidak panas dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.
Jenama: Pensonic
Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki induction cooker dan pemilik memberitahu saya bahawa ianya mengeluarkan kod E1.
Model: PIC-16
Gambar di bawah menunjukkan kod E1 yang saya dapat apabila menguji induction cooker tersebut.
Kod E1
Kod E1 bermaksud ada masalah pada papan litarnya.
Maksud kod
Gambar di atas menunjukkan kod yang biasa dijumpai pada induction cooker serta maksudnya.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka, benda yang menarik perhatian saya ialah bangkai cicak yang telah kering dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Bangkai cicak...
Pemeriksaan awal hanya menemui sebiji kapasitor utama dengan nilai 4.7uF, 400v didapati rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Kapasitor utama rosak...
Setelah kapasitor utama tersebut saya ganti dengan yang baru dan diuji, kini kod bertukar menjadi E0 apabila saya letak sesuatu di atasnya.
Error code - E0
Hampir kesemua komponen telah saya periksa pada awalnya dan kali ini saya terpaksa membuka 'heat sink' pada transistor serta bridge rectifier dan terdapat beberapa biji perintang yang tersembunyi di bawahnya.
Perintang 300kΩ bermasalah...
Baiki PENSONIC PIC-20 induction cooker

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Baiki PENSONIC PIC-20 induction cooker

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Akhirnya saya menemui sebiji perintang 300kΩ (oren, hitam, hitam, oren, merah) dengan nilai 4.8mΩ bila diukur pada papan litar dengan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
4.8mΩ...
Untuk kepastian, saya keluarkan perintang tersebut dari papan litar dan ukur semula. Gambar di bawah menunjukkan bacaan yang saya dapat.
Setelah dikeluarkan dari papan litar - 4.8mΩ
Perintang lain yang berada di bawah 'heat sink' tersebut telah saya periksa dan kesemuanya masih elok.
Testing...
Setelah perintang 300kΩ tersebut saya tukar dengan yang baru dan diuji, kini induction cooker tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.