Friday, 6 December 2019

DOMETIC HiPro 3000 minibar repair

Peti sejuk seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: DOMETIC
Peti sejuk ini telah lama dirujuk kepada saya pada 09/09/2019 dan saya tidak menjumpai masalahnya dan ditinggalkan berbulan-bulan. Masalahnya ialah tidak sejuk dan lampu di dalamnya tidak menyala.
Model: FiPro 3000
Biasanya jika lampu di dalamnya berkelip-kelip, kita cuma perlu betulkannya dengan menggunakan alat kawalan jauh sahaja.
Rintangan pada pemanas - 833Ω
Setelah saya periksa papan litarnya, tiada kerosakan komponen yang dijumpai tetapi lampu di dalamnya tetap tidak menyala setelah diuji.
Rintangan thermistor bawah - 12Ω
Apabila saya periksa voltan pada bahagian pemanasnya, ianya juga tidak mempunyai sebarang bacaan dan ini bermaksud pemanasnya juga tidak berfungsi.
Rintangan therminster atas - 22Ω
Setelah pemeriksaan menyeluruh dibuat termasuk sambungan wayar ke papan litar, rupa-rupanya wayar lampu dan wayar thermostat bahagian atasnya tersalah sambung.
Sambungan pada papan litar...
Gambar di atas menunjukkan sambungan yang betul pada papan litar dan sambungan yang salah sebelumnya dibuat oleh pemilik ketika menukar papan litar yang baru.
Testing...
Setelah kedua-dua sambungan tersebut saya tukar dan diuji, peti sejuk tersebut kini kembali beroperasi dan sehingga blog ini ditulis, ianya telah diuji seharian tanpa sebarang masalah.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.