Tuesday, 11 May 2021

ZANUSSI ZOT38MXC oven repair

Petang semalam saya dirujuk sebuah oven elektrik berjenama ZANUSSI, model: ZOT38MXC dengan masalah tidak panas.

Jenama: ZANUSSI

Sebelum ini saya pernah membaiki beberapa buah oven dan masalahnya cuma dua sahaja iaitu:-

  1. Tidak panas
  2. Litar pintas (bila on gelap satu rumah)
Model: ZOY38MXC

Jika ada litar pintas, masalahnya ialah kerosakkan pada elemen pemanas (heating element) dan harus ditukar.

Setelah penutup dibuka...

Masalah oven ini ialah boleh dihidupkan namun tidak panas sahaja. Setelah penutupnya saya buka, pemeriksaan dengan mata kasar menemui salah satu sambungan tanggal seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Sambungan wayar hidup tanggal...

Ini merupakan pengalaman pertama saya menemui masalah sedemikian. Persoalannya ialah bagaimana penyambung tersebut boleh tertanggal sendiri?


Apabila di sambung kembali, saya dapati ianya agak longgar seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Kepit menggunakan plyer...

Cara untuk membetulkannya ialah kepit penyambung yang longgar dan pasang kembali ke kedudukan asal. Kadang-kadang penyambung logam tersebut menjadi lembut dan ianya harus diganti dengan yang baharu.

Siap...

Pemeriksaan pada komponen lain tidak menemui sebarang kerosakkan dan apabila saya bekalkan elektrik serta diuji, oven tersebut telah diselamatkan dan kembali berfungsi semula.

Tested - ok

Setelah selesai diuji, saya dapati bahagian penyambung yang tertanggal tersebut juga turut panas dan kesimpulan saya pada kerosakkan di atas adalah akibat haba panas dari elemen pemanas.

Kita tahu bahawa logam akan mengembang apabila panas dan proses berulang-ulang tersebut telah mengakibatkan penyambungnya longgar serta tercabut sendiri.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.