Sunday, 9 May 2021

Baiki alat kawalan jauh ASTRO

Hari ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh dengan masalah boleh digunakan dan cuma butang '0' tidak berfungsi bila ditekan.

Alat kawalan jauh ASTRO...

Oleh kerana butang '0' sahaja tidak berfungsi bila ditekan, masalahnya pasti pada bahagian bawah butangnya.

Setelah penutup dibuka...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan alat kawalan jauh telah saya buka. Gambar dibawah menunjukkan keadaan di bawah butang silion serta papan litar setelah dibuka.

Buka butang silikon...

Kelihatan seperti ada bendasing seperti satu lapisan menyerupai gam melekat di bawah butang silikon serta di permukaan papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Ada bendasing seperti gam melekat pada butang silikon..

Bersihkan bendasing yang melekat pada butang silikon serta papan litar tersebut dengan menggunakan air serta detergent sehingga bersih dan keringkan sebelum dipasang kembali.

Bersihkan & pasang kembali...

Masalah butang '0' tidak berfungsi selesai setelah dibuka dan dibersihkan seperti di atas. Alat kawalan jauh ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana cara membuka alat kawalan jauh yang tidak dilengkapi dengan skru seperti di atas dan anda boleh menonton cara-caranya pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.