Friday, 14 May 2021

How to test MOV (metal oxide varistor)

Hari ini saya kongsikan cara-cara memeriksa varistor untuk mengetahui ianya masih elok atau sebaliknya.

Varistors - 7D471k, SVC561-10, S14K275

Sekali imbas ramai yang tersliap di antara varistor dan kapasitor. Gambar di bawah menunjukkan perbezaan varistor dengan kapasitor.

Kiri - varistor (10D471K), Kanan - kapasitor (222M)

Untuk memastikan samada komponen tersebut adalah varistor atau kapasitor, anda boleh rujuk kepada datasheet.

Varistor yang rosak...

Cara untuk memeriksa varistor ialah:-

1. Bentuk fizikal

Lihat pada bentuk fizikalnya. Biasanya varistor yang rosak akan meletup, pecah atau retak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Varistor rosak - ada bacaan rintangan

2. Ukur rintangan

Varistor yang elok tidak mempunyai sebarang bacaan rintangan pada kedua-dua terminalnya.

Varistor elok - tiada bacaan rintangan


3. Ukur kapasitan

Bacaan nilai kapasitan pada varistor sangat sedikit iaitu dalam unit picofarad (pF) dan tidak berubah-ubah atau negatif (-ve).

Varistor rosak (bacaan -ve)

Anda boleh tonton klip video di bawah untuk keterangan lanjut cara-cara memeriksa varistor.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.