Saturday, 3 April 2021

Panasonic F-MU453 wall fan repair

Kipas dinding berjenama Panasonic mirip seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: Panasonic

Masalah kipas dinding ini ialah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: F-MU453

Seperti biasa, komponen pertama yang saya periksa ialah fius pada plug 3-pin dan ianya masih elok.

Fius - 3A masih elok...

Biasanya kita akan menemui fius 13A pada plug 3-pin namun kipas ini hanya dibekalkan dengan fius 3A sahaja.

Penutup belakang sumbat...

Jika fius plug 3-pin elok, masalahnya ialah pada bahagian motor kipas. Selain berdebu, kipas ini juga diselaputi lapisan minyak yang melekit pada bahagian luarannya. Mungkin ianya digunakan di dapur oleh pemilik.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka, motornya bebas bergerak bila saya cuba pusingkannya dengan tangan. Ianya menggunakan bearing pada bahagian pemegang rotor dan sangat lancar serta lebih tahan berbanding dengan kipas angin yang menggunakan 'copper bush'.

Kedudukan thermal fuse...

Seterusnya saya periksa 'thermal fuse' seperti yang telah ditandakan pada gambar di atas dengan menggunakan multimeter dan ianya putus.

Thermal fuse putus...

Fius yang digunakan ialah 2A, 114°C. Pastikan anda membeli 'rating' fius yang sama ketika menggantikannya dengan yang baharu.

Thermal fuse baru & rosak - 2A, 114°C

Ramai yang sering mengambil jalan mudah untuk membuat pintasan pada bahagian 'thermal fuse' dengan alasan kegunaan sementara dan lupa selepas itu.

Gantikan thermal fuse baru...

Pastikan kerja-kerja membuka dan memasang motor dilakukan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan benda lain terutamanya gegelung wayar tembaga yang halus.

Penggunaan bearing...

Setelah selesai menukar 'thermal fuse', saya biasanya akan periksa kapasitornya. Pastikan salah satu sambungan terminal kapasitor ditanggalkan dari litar sebelum membuat pemeriksaan menggunakan multimeter.

Kapasitor masih elok - 1.48uF

Nilai kapasitor yang digunakan ialah 1.5uF, 400v dan bacaan yang saya dapat ialah 1.48uF seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

No. 1 - 407Ω

Setelah selesai dipasang kembali bahagian yang telah dibuka sebelumnya, saya juga akan membuat ukuran rintangan pada setiap kelajuan kipas tersebut. Gambar di atas dan di bawah adalah bacaan rintangan pada ketiga-tiga kelajuan kipas tersebut.

No. 2 - 360Ω

Pemeriksaan rintangan pada kesemua kelajuan kipas juga bertujuan untuk memastikan tiada litar yang putus serta suis pelarasnya juga elok.

No. 3 - 285Ω

Kipas di atas kembali berfungsi semula setelah hanya dengan menukarkan 'thermal fuse' sahaja.

Tested - ok

Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Macam mana nak tukar bearing Panasonic ni? Ketat sangat lekat dekat shaft

    ReplyDelete
  2. Wayar hijau sebelah bawah terputus dari tempat yg dah solder,bagaimana nak cari tempat yg putus tu

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.