Wednesday, 7 April 2021

Astro software update error (KSF-B285NS)

Sebelum ini saya pernah kongsikan dekoder astro model DS830NA dengan masalah 'update error' dan anda boleh rujuk di sini.

Dekoder Astro NJOI

Hari ini saya dirujuk dekoder astro dengan masalah sama namun model dekoder berbeza iaitu KSF-B285NS seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Model: KSF-B285NS

Apabila dibekalkan arus elektrik, indikator menyala serta memaparkan perkataan 'boot' sahaja dan akan berakhir dengan 'update error'.

Software update - BL1 version 01.0F

Perbezaannya dengan dekoder DS830NA ialah versi 'software update' iaitu BL1 version 01.0F seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup dibuka...

Pemilik memberitahu saya kejadian 'software update' hanya berlaku setelah dia melanggan channel tertentu melalui dekoder dengan harga RM40.00 dan berakhir dengan 'software update' yang gagal atau 'update error'.

PCB

Saya masih tetap berpandangan ini adalah masalah 'software' dan pihak astro tidak menyediakan versi 'software' yang diperlukan untuk dikemaskini.

Update error - 1% sahaja...

Dahulu ketika astro baru memulakan siaran pada tahun 90an, pemilik harus menghubungi pihak astro untuk proses kemaskini yang tidak berjaya namun kini kita tidak tahu siapa yang harus dihubungi.

Bahagian belakang dekoder...

Jika menghubungi pejabat astro berdekatan, mereka tanpa berfikir panjang akan memberitahu kita dekoder rosak. Pihak astro hanya menukar dekoder baru secara percuma kepada semua pelangan berbayar sahaja. Pelanggan NJOI harus mendaftar semula serta membeli dekoder yang baru jika ingin terus menonton.

Pihak astro juga tanpa berfikir panjang memberitahu pelanggan NJOI yang mempunyai masalah dekoder bahawa mereka kini tidak mempunyai pakej NJOI lagi dan terus memperkenalkan pakej berbayar.

Walaupun saya membaiki dekoder astro, saya sebenarnya tidak melanggan atau menggunakan astro NJOI untuk menonton siaran percuma.

Dari pengalaman membaiki dekoder astro selama ini, saya dapati pihak astro kini dalam proses memansuhkan NJOI mulai tahun ini secara tersusun. Pada awal tahun ini, banyak pelangan NJOI yang masih menggunakan dekoder berwarna kelabu berjenama PHILIPS mengalami kehilangan beberapa siaran secara tiba-tiba dan anda boleh rujuk di sini dengan alasan 'software' terbarunya tidak lagi menyokong dekoder lama.

Itu melibatkan dekoder lama, baru-baru ini banyak pula dekoder yang dirujuk kepada saya dengan masalah 'software update' yang berakhir dengan 'update error'. Semua yang dirujuk kepada saya adalah melibatkan pakej percuma NJOI.

Saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini kepada pelanggan NJOI. Walaupun masalah tidak berlaku serentak kepada semua pelanggan NJOI, saya masih berpendapat ini adalah rancangan yang tersusun yang telah dirancang.

Kepada mereka yang mengalami masalah kerosakkan dekoder NJOI yang tidak mampu dibaiki lagi, saya ada cadangan alternatif kepada anda untuk menonton siaran secara percuma.

Anda boleh memilih MYTV yang mempunyai 18 siaran percuma sehingga hari ini dan anda boleh rujuk di sini kesemua artikel saya berkaitan dengannya sebagai rujukan.

Ini adalah pandangan pribadi saya semata-mata dan tiada niat untuk memburukkan mana-mana pihak terutamanya pihak astro.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.