Saturday, 10 April 2021

DOMETIC HiPro 3000 minibar with blinking LED repair

Banyak artikel membaiki masalah minibar berjenama DOMETIC HiPro 3000 ini telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Papan litar...

Hari ini saya kongsikan satu lagi penemuan baharu masalah minibar ini dengan lampu LED di dalamnya sering berkelip-kelip setelah sehari atau selang beberapa hari ianya telah di 'reset'.

Apabila lampu LED telah berkelip-kelip, minibar ini tidak berfungsi lagi dan ianya juga tidak sejuk.

Kapasitor 100uF, 25v...

Pemeriksaan pada papan litar hanya menemui sebiji kapasitor yang nilainya telah berbeza melebihi 10% dari sepatutnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baru...

Setelah kapasitor yang nilainya 100uF, 25v telah saya gantikan dengan yang baharu serta diuji, masalah lampu LED didalamnya yang sering berkelip-kelip selesai.

Tested - ok

Sehingga blog ini ditulis, minibar tersebut telah diuji selama hampir seminggu dan tiada kejadian lampu LED didalamnya berkelip-kelip berulang sepanjang tempoh percubaan tersebut.

Automatic defrost...

Gambar di atas saya ambil dari 'user manual' memberitahu kita bahawa minibar ini akan menjalani proses 'defrost' setiap 22 jam selama 2 jam tiap-tiap hari. Jika minibar baru dipasang, proses 'defrost' yang pertama ialah selepas 39 jam.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.