Friday, 31 July 2020

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV repair

Hari ini saya berpeluang menimba ilmu baru membaiki TV CRT berjenama LG, Model: 29FU1RLX-T1 dengan masalah tidak dapat dihidupkan namun lampu standby menyala sekejap dan kemudian padam berulang-ulang secara automatik ketika saya uji untuk kepastian.

Kadang-kadang setelah diuji kita sudah dapat mengagak kerosaknya berpandukan pengalaman lepas.
TV tahun 2010...
Apabila dibuka dan diperiksa papan litarnya, komponen pertama yang saya temui rosak ialah sebiji kapasitor berlabel 471 atau C836 pada papan litar.
Litar pintas pada C836...
Kapasitor tersebut mengalami litar pintas bila diperiksa menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kerosakkan seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Litar pintas bila diperiksa dengan multimeter...
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini TV tersebut langsung tidak berfungsi termasuk lampu standby juga tidak menyala pula.
Ada perbezaan komponen baru & rosak?
Pemeriksaan seterusnya saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak dengan menggunakan multimeter namun saya pasti masalahnya pada bahagian PSU (power supply unit) sebab lampu standby tidak menyala.
IC802 - optocoupler
Majoriti komponen pada bahagian PSU boleh diperiksa menggunakan multimeter tetapi ada sebiji optocoupler yang berlabel IC802 pada papan litar tidak dapat diperiksa menggunakan multimeter.
Optocoupler - PC-17L1
Optocoupler tersebut berlabel PC-17L1 seperti boleh dilihat dengan jelas pada gambar di atas dan percubaan menukarnya adalah sebagai usaha 'cuba jaya' sahaja.
Lokasi komponen yang rosak...
Setelah siap menukar optocoupler tersebut dan diuji buat kali ke-2, TV tersebut akhirnya telah berjaya di selamatkan dan masih boleh digunakan semula walaupun telah berusia 10 tahun.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.