Saturday, 1 August 2020

Kaedah mengira faedah simpanan tetap di bank

Syarikat kewangan dan bank telah wujud di negara kita berpuluh tahun yang lalu namun fungsi asasnya tetap sama iaitu tempat menyimpan wang serta memberi pinjaman kepada pelanggannya.

Saya pernah berkhidmat di syarikat kewangan/bank selama 12 tahun (1992 - 2004) dan mula berkerja sebagai juruwang (cashier) sahaja.

Untuk makluman semua, kini tiada lagi syarikat kewangan di negara kita selepas bank dan syarikat  kewangan menjalani proses pengabungan (merger) ekoran krisis ekonomi pada tahun 1997/1998.
Simpan 115k selama setahun
Hari ini saya kongsikan kaedah mengira faedah simpanan tetap di bank. Tahukah anda bagaimana faedahnya dikira?

Kita ambil contoh pada gambar di atas iaitu penyimpan menyimpan sebanyak RM115,000 (115k) dengan kadar faedah tahunan 3% p.a. (per annum) selama setahun.

Umum mengetahui bahawa formula untuk mengira faedah ialah:-
  • Simpanan x kadar faedah x tempoh
  • 115,000 x 3% x 1 = 3,450
Namun jika kita lihat contoh di atas penyimpan cuma dapat RM3,440.57 (118,440.57 - 115,000.00) sahaja, kenapa dan di mana silapnya kiraan di atas?

Ini adalah disebabkan formula yang digunakan oleh bank untuk mengira jumlah faedah adalah berdasarkan jumlah hari wang tersebut disimpan dan bukannya berdasarkan jumlah bulan atau tahun.

Kejadian sedemikian hanya berlaku pada tahun lompat sahaja di mana tahun lompat mempunyai 366 hari setahun disebabkan bulan februari mempunyai 29 hari.

Tahun lompat wujud setiap 4 tahun sekali bermula tahun 4, 8, 12....2000, 2004, 2008, 2012, 2016, 2020, 2024 dan seterusnya.

Berbalik kepada kira-kira di atas, formula yang bank guna ialah:-
  • Simpanan x kadar faedah ÷ (jumlah hari pada tahun terlibat) x (jumlah hari wang disimpan di bank)
  • 115,000 x 3% ÷ 366 x 365 = 3,440.57
Kaedah mengira faedah/keuntungan adalah sama pada perbankan konvensional dan perbankan islam. Jadi apa bezanya perbankan islam dan perbankan konvensional?

Perbezaannya cuma pada konsep serta terma yang digunakan iaitu perbankan konvensional menggunakan terma 'interest/faedah' manakala perbankan islam menggunakan terma 'profit sharing'.

Menurut pengalaman serta pemerhatian saya selama ini, kadar keuntungan simpanan perbankan islam adalah lebih tinggi berbanding perbankan konvensional. Soalannya, kenapa perbankan islam mampu memberi keuntungan lebih berbanding konvensional? Jawapannya ialah pembiaan/pinjaman perbankan islam lebih menguntungkan berbanding perbankan konvensional.

Jadi, jika anda ingin berjimat membuat pinjaman, pilihlah perbankan konvensional dan jika ingin mendapat keuntungan lebih dari simpanan, pilihlah perbankan islam.

Pilihlah produk perbankan yang menguntungkan anda. Kenapa perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan benda yang sama?

Fikir-fikirkan...

2 comments:

  1. WAH…… ๐Ÿ‘Terima kasih panjang lebar terangkan. Memang mudah di fahami, dan akhirnya sy dah tau kira² skrg ni๐Ÿ˜Š
    Cuma tggal satu lagi, nak cari penerangan tntag Keuntungan Simpanan pulak. Kenapa ada dan untuk apa sebenarnya bank mmbri kUntugan pd penyimpan? ๐Ÿ™ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bank sebenarnya menggunakan wang simpanan pelanggan untuk memberi pinjaman dan sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan, pihak bank memberi sedikit keuntungan dari pinjaman yang mereka dapat kepada penyimpan. Kalau takda penyimpan, pihak bank terpaksa meminjam wang dari bank lain atau bank pusat untuk memberi pinjaman dan akan dikenakan faedah tertentu. Jika pinjaman jangka pendek akan dikenakan 'overnight interest'. Itulah yang dikatakan situasi menang-menang (win win situation). Sebenarnya bank lebih suka guna wang penyimpan daripada meminjam dengan bank lain atau bank pusat untuk memberi pinjaman sebab jauh lebih murah. Nak ke anda simpan wang di bank tanpa pulangan/faedah/dividen/profit sharing? Lagi elok sembunyi di bawah bantal. Tepuk dada, tanya iman.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.