All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Wednesday, 1 July 2020
Codos CHC-682 Dynamic Clipper repair
Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah alat pengcukur rambut berjenama Codos, Model: CHC-682 buatan korea.
Jenama: Codos
Pemilik memberitahu saya ianya boleh dihidupkan namun pergerakan pisau cukur perlahan dan tidak memotong rambut yang tebal serta kadang-kadang menarik rambut pelanggan.
Model: CHC-682
Benda pertama yang saya buka ialah pisau cukurnya dan mendapati banyak rambut yang melekat di dalamnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Buka 'blade'...
Saya bersihkan pisau cukur tersebut serta menguji semula alat pengcukur rambut tersebut dan pergerakkan pisau cukur tetap masih perlahan.
Setelah dibuka...
Kemudian saya buka alat pencukur rambut tersebut dan setelah diperiksa, tiada komponen yang didapati rosak. Voltan pada baterinya juga masih tinggi iaitu kira-kira 2.7v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
2.7vdc
Walaupun terdapat sedikit kebocoran kelihatan pada terminal +ve bateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, namun baterinya masih elok dan saya bersihkan sahaja bahagian yang berkarat dengan menggunakan 'contact cleaner'.
Ada kebocoran pada terminal +ve bateri...
Alat pengcukur rambut ini dilengkapi dengan adapter (transformer) 2.4v, 800mA dan ianya juga masih elok bila saya periksa dengan menggunakan multimeter.
Adapter - 2.4v, 800mA
Memandangkan tiada kerosakkan ditemui pada bahagian dalam alat pengcukur rambut tersebut, saya pasang kembali dan bubuh minyak pada bahagian yang bergerak di pisau cukur tersebut.
Minyakkan mata pisau cukur...
Gunakan minyak yang cair seperti minyak mesin jahit dan boleh didapati
dengan mudah di kedai super save dengan harga RM2.99 sebotol.
Guna minyak mesin jahit...
Setelah diminyakkan pisau pengcukur tersebut dan diuji, kini alat
pengcukur rambut tersebut kembali berfungsi semula seperti biasa.
Tested - ok
Jika anda mengalami masalah sedemikian (pergerakan mata pisau perlahan), anda cuma perlu minyakkan mata pisau pengcukur rambut anda.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.